PRN Melaka: Mahiaddin bertanding DUN mana?


SEORANG pemimpin kanan Umno mempersoalkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mana Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yassin bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Persoalan itu dilontar Lokman Noor Adam susulan keanehan kempen Perikatan Nasional (PN) yang banyak mempamerkan poster-poster memaparkan gambar bekas perdana menteri itu.

Dalam segmen temubual yang disiarkan secara langsung di Facebooknya, Lokman bertanyakan sekiranya Mahiaddin tidak bertanding di PRN itu, apakah kehadiran banyak poster memaparkan wajahnya itu sebagai jalan tengah bagi meredakan pertelingkahan dalaman kumpulan dalam Bersatu.

“Bersatu ada dua kumpulan satu Hadi dan Azmin yang mahukan Mas Ermieyati calon KM, manakala kumpulan Mahiaddin mahukan Rafiq Naizamohideen juga calon KM, jadi PN ambil jalan tengah letak gambar Mahiaddin,” kata belia dipetik.

Sebelum ini warganet turut mempersoal kehadiran banyak poster dan billboard memaparkan gambar Pengerusi PN itu, Mahiaddin merupakan perdana menteri yang dilantik susulan langkah Sheraton dan ditumbangkan apabila sekumpulan Ahli Parlimen Umno menarik semula sokongan mereka.

Selepas didesak melepaskan jawatannya susulan didakwa sebagai perdana menteri yang 'gagal', Ahli Parlimen Pagoh itu akhirnya akur dan melepas jawatannya.

Mahiaddin diganti seorang Ismail sabri Yaakob- Ahli Parlimen Umno yang merupakan bekas menteri kanan dalam kerajaan 17 bulan Mahiaddin.
 
Sementara itu Lokman berkata bahawa beliau percaya ramai rakyat Melaka berasa aneh melihat poster Mahiaddin seolah-olah beliau seorang sahaja yang bertanding di Melaka.

Macam Mahiaddin sorang sahaja bertanding


Perkara seperti itu jelasnya tidak dilakukan sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Harapan (HARAPAN).


“HARAPAN pun tak letak gambar Anwar Ibrahim di situ. Ada gambar Adly? Di kawasan dia adalah kalau di Masjid Tanah ada yang letak poster Adly, ok lagi masih boleh diterima.

“Tapi Muhyiddin ada gambar seluruh Melaka. Ramai yang bertanya beliau bertanding di DUN mana?” katanya.
 

Post a Comment

0 Comments