KEADILAN Melaka optimis memenangi lebih banyak kerusi DUN negeri itu kali ini berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Pengerusi KEADILAN negeri, Halim Bachik memberitahu sidang akhbar bahawa keyakinan itu berdasarkan penilaian mereka di lapangan baru-baru ini.
Selain merampas beberapa kerusi DUN, Halim juga mendakwa mereka mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi N04 Lendu sekaligus menyingkirkan penyandangnya Sulaiman Md Ali yang mewakili Umno.
“Untuk Lendu, walaupun kawasan (yang sebelum ini disandang) ketua menteri, pada saya, apabila turun di lapangan kita banyak maklumat (yang cenderung kepada KEADILAN).
“… pengundi di situ amat positif. Cuma ada kawasan yang ketat kita nak masuk, tapi apabila kita masuk dapat penerimaan baik,” katanya dipetik.
Mengulas lanjut Halim juga berkata, KEADILAN mampu menawan sekurang-kurangnya tujuh kerusi daripada 11 kerusi yang ditandingi mereka.
"Tujuh kawasan yang kita yakin menang itu adalah Paya Rumput, Asahan, Rim dan Lendu, selain Machap Jaya, Rembia dan Klebang yang kita menang pada PRU-14," katanya lagi.
Pada PRU-14, Sulaiman menang di DUN Lendu selepas meraih majoriti 627 undi, menumpaskan Ridhuan Dion Bakar (KEADILAN), dan Arshad Mohd Som (PAS).
Asri ada prospek baik jadi pemimpin |
Asri, 35 dilihat mempunyai prospek yang baik memandangkan beliau masih muda dan pernah berkhidmat sebagai pegawai pemulihan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Manakala Abdullah Mahadi pula merupakan mejar bersara Tentera Darat.
0 Comments