PRN Melaka: KEADILAN mahu ketengah calon terbaik


PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) dilihat mahu meletak calon terbaik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan 20 November ini.

Ia dapat dilihat melalu kenyataan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan bahawa parti itu belum dapat memuktamadkan calon yang akan diketengahkan.

Tambahnya, keputusan bagi memilih calon terbaik perlu dibuat dengan sabar dan bijaksana untuk memberikan pandangan.

“Kami lakukan proses saringan daripada pelbagai pihak, dari cabang, bahagian, Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN), Jabatan Pilihanraya Parlimen (JPRP) sehinggalah peringkat pusat

“Kami akan muktamadkan dalam satu atau dua hari ini," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Utama PRN DUN Melaka secara maya pada Isnin.

Sementara itu Anwar menegaskan bahawa pihaknya mahu melihat kepada 'track record' dan juga keupayaan untuk menjana perubahan dalam memilih seseorang calon.

Beliau turut berharap mana-mana calon yang akan bertanding dan penggerak perlu jelas matlamatnya supaya lebih hebat dari sebelumnya.

Calon dipilih melalui proses saringan ketat


“Kita mahu jadi hebat tetapi kita tonjolkan pimpinan yang rakus, rasuah dan politik yang kejar kekuatan yang tidak akan memberi manfaat kepada rakyat.


“Jadi sebab itu bagi kita, sama ada menjadi calon atau penggerak, kalau ada jelas matlamat ini saya fikir kita akan beri sesuatu jawapan dan alternatif yang jauh lebih baik lagi dengan satu kekuatan, majoriti yang sahih dan kukuh yang dapat menentukan garis haluan, utamanya membela nasib rakyat,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments