AHLI PARLIMEN Seputeh, Teresa Kok hairan mengapa Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man tidak hadir Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (COP26) yang sedang berlangsung di Glasgow, Scotland.
Rasa hairan itu diutarakan Teresa memandangkan rakan sejawatan pemimpin PAS itu dari negara lain sekarang berada di COP26 untuk berbincang cara menangani perubahan iklim.
"Tuan Ibrahim bukan sahaja tidak hadir pada persidangan itu, malah perhatiannya di dalam negara bukan terhadap perubahan iklim tetapi nama jenama wiski tempatan.
"Apakah tanggungjawab menteri alam sekitar dan air? Adakah nama jenama wiski tempatan menyumbang kepada mengurangkan pelepasan karbon dan menangani pencemaran air," soal bekas menteri industri utama itu.
COP26 merupakan persidangan tahunan yang mana kerajaan-kerajaan menandatangani perjanjian untuk mengekalkan suhu global menjelang hujung abad ini di bawah 2 darjah Celsius berbanding tahap sebelum zaman industri.
Selaku penandatangan Perjanjian Paris 2015, Malaysia telah berjanji untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus daripada paras 2005 menjelang 2030.
Memenuhi sasaran Perjanjian Paris 2015 akan melayakkan Malaysia mendapat geran yang boleh digunakan ke arah usaha lain untuk membendung pelepasan karbon.
Rasa hairan itu diutarakan Teresa memandangkan rakan sejawatan pemimpin PAS itu dari negara lain sekarang berada di COP26 untuk berbincang cara menangani perubahan iklim.
"Tuan Ibrahim bukan sahaja tidak hadir pada persidangan itu, malah perhatiannya di dalam negara bukan terhadap perubahan iklim tetapi nama jenama wiski tempatan.
"Apakah tanggungjawab menteri alam sekitar dan air? Adakah nama jenama wiski tempatan menyumbang kepada mengurangkan pelepasan karbon dan menangani pencemaran air," soal bekas menteri industri utama itu.
COP26 merupakan persidangan tahunan yang mana kerajaan-kerajaan menandatangani perjanjian untuk mengekalkan suhu global menjelang hujung abad ini di bawah 2 darjah Celsius berbanding tahap sebelum zaman industri.
Apa tanggungjawab menteri alam sekitar? |

0 Comments