K'jaan mesti telus jalankan projek 'off budget', tegas Anwar

 


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak ingin melihat satu lagi skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berulang di negara ini.

Anwar yang juga adalah Ketua Pembangkang di Parlimen mengeluarkan amaran itu semasa membahaskan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat ekoran perbelanjaan “off budget”.

Tambahnya, jika skandal seperti 1MDB berulang, akhirnya akhirnya terpaksa menanggung bil untuk projek-projek sedemikian.
 
“Jangan pandang ringan sebab selalunya PM akan sebut ini bukan dana kerajaan. Ini satu kekeliruan kerana tidak benar sama sekali.

“Saya sentuh off budget kerana ada anggapan off budget adalah dana tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

“Saya nak sebut ini adalah kesilapan, contoh skandal terbesar dan terkenal dunia adalah 1MDB, pada masa itu off budget,” katanya.

Difahamkan, negara menaggung beban hutang 1MDB sebanyak RM32.3 bilion.

Dalam perbahasan semalam juga, Anwar menegaskan projek off budget perlu dilaksanakan secara telus dan terbuka.

Sehubungan beliau menuntut kerajaan agar menjelaskan beberapa perbelanjaan “off budget” termasuk pelancaran spektrum 5G di seluruh negara, kemungkinan meneruskan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan usaha untuk menswastakan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

BACA:
Anwar gesa kerajaan dedah siapa terlibat dalam kontrak 5G

Menyentuh isu liputan 5G, Anwar mendakwa sumber dalaman kos operasi Digital Nasional Berhad (DNB), yang ditubuhkan untuk membina dan memiliki infrastruktur rangkaian 5G Malaysia, telah melebihi RM18.9 bilion walaupun kerajaan masih belum mendedahkan kos sebenar projek itu.

Jangan skandal seperti 1MDB berulang lagi
“Ada kata RM11 bilion (nilai projek), ada yang kata RM15 bilion. Mungkin cecah RM28 bilion untuk menambah baik rangkaian 4G yang ada.

“Oleh itu saya nak tekankan kita mempertanggungjawabkan kerajaan dan Menteri Kewangan khususnya apabila ada pelaksanaan program besar – umpamanya pelaksanaan yg diterajui Digital Nasional Berhad yang sangat kabur, tidak ada penjelasan teliti,” tambah Anwar lagi.

Post a Comment

0 Comments