PARTI PAS akhirnya memutusan untuk bersama Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Mahiaddin Md Yassin dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Keputusan itu menamatkan teka teki sebelum ini sama ada PAS akan bersama PN atau memperkukuh hubungan mereka melalui Umno dalam Muafakat Nasional (MN).
Presiden parti itu, Hadi Awang berkata ketetapan itu telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada Ahad lalu selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS.
“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung di Pejabat Agung PAS Pusat telah meluluskan penggunaan lambang PN dalam PRN Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahad lalu, Majlis Syura Ulama yang bersidang menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk memutuskan penggunaan lambang parti bagi menghadapi PRN Melaka.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov, penamaan calon pada 8 Nov manakala undi awal pada 16 Nov ini.
PAS akhirnya pilih bendera Perikatan Nasional |
Selain disertai Bersatu dan PAS, PN juga dianggotai parti Gerakan, STAR Sabah dan SAPP.
Gabungan itu diasaskan pada Febuari 2020 susulan langkah Sheraton dan hanya didaftarkan Ogos tahun yang sama.
0 Comments