ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) Malaysia bakal menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mendesak isu kenaikan harga keperluan asas segera ditangani.
Setiausaha AMK Syukri Razab dalam kenyataan berkata, memorandum itu dijadualkan untuk diserahkan pada Jumaat, 3 Disember, jam 11 pagi di Putrajaya.
Menurutnya lagi, isu kenaikan harga barang makanan asas yang mendadak seperti dilapor media kebelakangan ini sangat membimbangkan apatah lagi ia secara langsung menjejaskan kedudukan ekonomi dan kehidupan masyarakat Malaysia.
“Dalam keadaan rakyat masih berdepan dengan cabaran ekonomi ekoran pandemik Covid-19, perbelanjaan besar dana rakyat melalui belanjawan dan juga saiz kabinet sewajarnya diterjemahkan kepada kemudahan dan kesenangan yang dapat dinikmati oleh rakyat,” kata beliau.
Sehubungan itu, katanya bagi menggesa agar kerajaan memberikan perhatian yang serius kepada masalah ini AMK akan melancarkan kempen #TurunkanHargaBarang terutamanya yang melibatkan barangan keperluan asas isi rumah di Malaysia.
“Kempen #TurunkanHargaBarang adalah satu inisiatif yang akan digerakkan secara bersama dengan badan-badan berkepentingan .
Ia bakal menjadi saluran kepada masyarakat umum bagi menyalurkan kebimbangan dan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan dan gerak kerja kerajaan dalam mengekang kenaikan harga yang melampau.
Sebelum ini harga beberapa jenis sayuran dilapor meningkat sehingga 200 peratus.
Barang asas lain yang turut dilapor mengalami peningkatan harga adalah telur, ayam dan bawang.
Rakyat semakin terhimpit masalah ekonomi |
Menyedari peningkatan mendadak harga itu bakal menjejaskan rakyat terutama golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan Covid-19, Pemuda Amanah dan biro mobilisasi parti itu mengadakan flash mob di 14 lokasi di seluruh negara pada Ahad bagi mendesak isu itu diselesaikan segera.
0 Comments