PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) menggesa kerajaan agar segera memperincikan kesan kenaikan kos bagi mengerjakan haji kepada calon jamaah haji.
Gesaan itu disuarakan Jawatankuasa Agama & Rahmatan Lil Alamin HARAPAN susulan pengumuman Timbalan Menteri Agama bahawa kos haji akan meningkat kepada RM 30 ribu.
Kata mereka, perincian itu bagi membolehkan penjimatan maksimum dilakukan bagi mengurangkan bebanan kepada para Jamaah dan untuk menjaminkan kelestarian prestasi kewangan Tabung Haji (TH) sebagai badan yang mengendalikan ibadah itu. Ia termasuk dengan melakukan penstrukturan semula secara menyeluruh subsidi haji.
“Kami menyarankan supaya subsidi haji hanya diperuntukkan kepada mereka yang layak secara bersasar dan bukan diberikan secara umum.
“Mekanisme yang sesuai perlu dirangkaikan secara telus untuk pengetahuan bakal para Jamaah,” katanya kenyataan jawatankuasa dipengerusikan oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa itu.
Mengulas lanjut cadangan itu, jawatankuasa itu berharap orang ramai dapat bersikap terbuka kepada mekanisme baharu itu.
“Kami juga menyeru supaya isu ini tidak dipolitikkan sehingga menjejaskan keperluan meneliti kenaikan kos ini secara objektif dan saksama,” kata beliau.
Kos haji Muassasah terakhir pada tahun 2019 yang ditanggung oleh Jamaah Haji Malaysia ialah RM 9,980.
Kos sebenar adalah lebih kurang RM 22 ribu. Subsidi Haji yang ditanggung oleh TH hampir RM 12 ribu setiap individu jamaah melibatkan kos hampir RM 380 juta setahun dibiayai oleh TH.
Menurut Mujahid, kos subsidi haji sejak 2009 tidak pernah dinilai semula sedangkan kenaikan kos sebenar haji meningkat setiap tahun dari RM 12 ribu tahun 2009 kepada RM 22 ribu tahun 2019.
“Kos dibayar oleh para Jamaah Muassasah kekal RM 9,980 sejak 2009 hingga kini.
Kos subsidi haji tak pernah dinilai semula |
“Walaubagaimanapun kabinet menetapkan kos ibadat haji dibayar oleh Jamaah Haji Muassasah dikekalkan kepada RM 9,980 melalui pelaksanaan secara berperingkat dan penjelasan konsep Istitaah untuk melakukan Haji (syarat kemampuan),” ujarnya lagi.
0 Comments