NAIB KETUA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pasir Puteh, Borhanudin Che Rahim dilapor telah meletak jawatan dan keluar dari parti dianggotainya susulan kontroversi diciptanya.
Terdahulu, Borhanudin dianggap membuat kenyataan melampau dan bersifat perkauman terhadap pemain badminton negara, Kisona Selvaduray ketika pemain itu beraksi bermati-matian dalam kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland minggu lalu.
Warganet mengkritik tindakan Borhanddin yang menggunakan istilah ‘Keling’ dan estet ke atas Kisona.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan dibuat ahli politik itu.
"Sebagai badan pengelola sukan di negara ini, BAM tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk perkauman atau diskriminasi, justeru kami mengutuk kenyataan tersebut, dan akan selalu mempertahankan pemain kami.
"Ucapan buruk seperti ini tidak wajar dilakukan dan kami menggesa seluruh rakyat Malaysia mengutuk perbuatan tidak masuk akal ini," kata badan itu dalam kenyataan.
Borhanudin dalam satu kenyataan susulan kritikan diterimanya berkata dia menarik balik kenyataan saya dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kepada yang terkesan akibat posting tersebut.
"Saya tidak berniat menjatuhkan mana-mana orang dan kaum serta memperbaiki sikap di masa hadapan.
"Atas rasa tanggungjawab dan kesalahan saya bersedia menawarkan diri melepaskan jawatan saya sebagai penjawat parti demi menjaga nama baik parti," katanya.
![]() |
Borhanudin letak jawatan demi 'maruah' parti |
Sementara itu, pihak berkuasa polis dilapor akan menjalankan siasatan terhadap kenyataan Borhanudin.
Siasatan bakal dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
0 Comments