DATUK SERI ANWAR IBRAHIM mengusulkan kepada Dewan Rakyat supaya pendedahan Kertas Pandora, yang membabitkan fail kewangan sulit dibahasakan.
Ketua Pembangkang itu melalui satu kenyataan berkata, usul supaya isu itu dibahaskantelah dibuat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Saya menggesa agar Dewan Rakyat untuk segera membahaskan isu mendesak ini kerana ia telah menyebut beberapa nama besar dalam negara.
"Saya percaya perkara ini juga adalah berkenaan kepentingan orang ramai kerana ia turut menyebut nama-nama tokoh politik kerajaan dan juga pembangkang," katanya dalam kenyataan tersebut.
Sebelumnya, portal dalam talian, Malaysiakini mendedahkan laporan terbaharu Kertas Pandora.
Difahamkan ia merupakan pendedahan fail kewangan sulit sebesar 2.94 terabyte yang dibocorkan kepada Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) yang diberi akses kepada rakan-rakan media lain termasuk portal berkenaan.
Portal itu dalam laporannya menyebut beberapa nama rakyat Malaysia yang berkuasa dan kaya yang didakwa memiliki entiti luar pesisir yang dikaitkan dengan pemindahan aset mereka ke tempat perlindungan cukai.
Individu yang dinamakan dalam laporan portal itu termasuklah Menteri Kewangan Tengku Zafrul Zainal Abidin, Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pengerusi eksekutif Westports G Gnanalingam.
![]() |
Anwar hantar usul kepada Dewan Rakyat |
Sementara itu Anwar yang juga anggota Parlimen Port Dickson dalan kenyataannya memohon agar usul ini dipertimbang dan dilulus untuk dibahaskan.
0 Comments