EMPAT Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang mengumumkan penarikan semula sokongan daripada Ketua Negeri Sulaiman Md Ali dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Yang Di-Pertua Negeri Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam berhubung perkembangan semasa politik di negeri itu.
Mereka akan disertai 11 ADUN dari Pakatan Harapan (HARAPAN), menurut Pengerusi gabungan tu Adly Zahari di dalam sidang media di Melaka sebentar tadi .
ADUN Bukit Katil itu berkata surat bagi memohon menghadap telah diserahkan kepada pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Ali Rustam hari ini.
“Hari ini kita sampaikan surat pada Tuan Yang Terutama dan tunggu jawapan istana negeri,” katanya.
Terdahulu ADUN Sungai Udang, Idris Haron , bersama Pangkalan Batu (Norhizam Hassan Baktee), Teluk Emas (Noor Effandi Ahmad), dan Pantai Kundur (Nor Azman Hassan), mengumumkan hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Melaka dan seluruh kepimpinan kerajaan.
Dengan pengumuman itu dakwa Idris, kerajaan negeri telah dijatuhkan.
Keretakan dipercayai berlaku sejak beberapa bulan lalu susulan perselisihan antara Umno dan Bersatu pimpinan Mahiaddin Md Yassin.
Sementara itu menurut Adly, HARAPAN sentiasa akan memastikan kestabilan politik terjamin demi kesejahteraan rakyat negeri Melaka.
“Negara masih menuju ke arah endemik, bagi kita HARAPAN yang penting adalah kestabilan politik diberi keutamaan dan tanggungjawab.
“Politik Melaka harus stabil untuk berdepan dengan Covid-19, ekonomi. Jadi HARAPAN memainkan peranan itu,” katanya.
![]() |
Kestabilan politik negeri Melaka perlu diutamakan |
Ini kerana katanya, sebagaimana di dalam Perlembagaan Negeri Perkara 74 di mana Ketua Menteri yang tidak dapat kepercayaan maka dia hendaklah letak jawatan melainkan ada permintaan dibubarkan DUN.
0 Comments