PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) Johor menyatakan kesediaan mereka untuk bertanding di 28 daripad 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang akhbar selepas Program Jelajah Peduli di Pusat Perdagangan Danga Utama dekat Johor Bahru pada Ahad.
Menurut Syed Ibrahim, pihaknya sudah mengenal pasti kawasan DUN yang berpotensi untuk parti itu meletakkan calon dan menang antaranya DUN Kempas, Larkin dan Permas Jaya.
"(Namun) soal pengagihan kerusi ini masih terbuka, belum peringkat putuskan mana-mana parti, tetapi kita lihat KEADILAN ada potensi dan kelebihan sebagai parti pelbagai kaum," katanya.
Sementara itu tambah Ahli Parlimen Ledang itu lagi, pihaknya akan berunding dengan parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) di negeri ini terlebih dahulu melibatkan pembahagian kerusi dan sasaran PKR itu selepas melihat kemampuan untuk menang di kerusi yang akan ditandingi.
"Sebenarnya dari segi kemenangan ini perlu dilihat secara menyeluruh, jika kerusi itu tradisinya adalah kerusi campuran ia perlu diberi kepada parti yang boleh mewakili pelbagai kaum, potensi untuk menang lebih besar.
"Dalam situasi pertandingan tiga atau empat penjuru, situasi berkenaan merupakan peluang terbaik untuk PKR terutamanya," tambahnya seperti dilapor portal Sinar.
Syed Ibrahim sementara itu turut mengulas persedian mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
KEADILAN Johor menurutnya telah menggerakan jentera sebagai persediaan menghadapi PRU15 sejak dua tahun lalu.
![]() |
KEADILAN sudah gerakkan jentera pilihan raya |
"Walaupun dalam suasana pandemik Covid-19 dan dalam keadaan PH telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama-sama kerajaan, persediaan tetap perlu dilakukan" ujarnya.
0 Comments