GABUNGAN parti politik dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) siap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak sekiranya darurat di negeri itu ditamatkan lebih awal.
Stiausaha Agung HARAPAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dipetik laporan media berkata, beliau optimis bahawa gabungan itu mampu memberi saingan sengit kepada Parti Gabungan Sarawak (GPS) pada pilihan raya yang akan diadakan itu nanti.
“Darurat di Sarawak akan tamat pada Februari tahun depan dan jika berkuat kuasa pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari atau selewatnya April.
“Dari sekarang hingga April kita cuma ada enam bulan, namun kita tetap bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya darurat tamat awal dan PRN12 diadakan lebih awal,” katanya.
Saifuddin yang juga Setiausaha Agong KEADILAN sebelumnya mengadakan lawatan kerja dua hari ke Sarawak.
Mengulas lanjut mengenai lawatan itu, beliau turut memaklumkan rasa berpuas hati dengan laporan yang diberikan berhubung persiapan jentera pilihan raya KEADILAN di semua kawasan berpotensi untuk dimenangi parti itu.
Beberapa cadangan penambahbaikan dalam beberapa perkara serta menggariskan tugas dan peranan yang boleh mereka mainkan sebab parti kini sudah berada di tahap pecutan terakhir juga telah disampaikannya kepada jentera pilihan raya.
Yakin beri saingan kuat di Sarawak |
Untuk rekod, Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak digantung dan ia perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Proklamasi Darurat Sarawak dibatalkan atau diungkaikan.
0 Comments