Apa sebenarnya jadi dengan program komputer riba, soal Ahli Parlimen


SEORANG Ahli Parlimen mempersoalkan apa telah berlaku kepada program pemberian komputer riba yang dijanjikan kerajaan.

Lim Lip Eng (HARAPAN-Kepong) berkata, hanya tiga daripada 13 sekolah yang ada dalam kawasan parlimen diwakilinya menerima komputer riba yang dijanjikan.

Melihat berlaku kelemahan dalam proses pengagihan peranti untuk pelajar itu, Lip Eng turut mendakwa beberapa buah sekolah lain turut berdepan isu sama.

"Apakah nasib pelajar-pelajar yang memerlukan di sekolah lain? Sudahlah pemberian itu pun begitu lambat prosesnya," kata Lim dalam kenyataan hari ini.

Ahli parlimen DAP itu menambah di kawasan parlimen Segambut pula hanya dua buah sekolah - dengan jumlah komputer riba yang diagihkan sebanyak 60 unit. manakala di kawasan parlimen Cheras menurutnya, 45 unit komputer riba diserahkan kepada sebuah sekolah manakala 12 unit komputer riba diberikan kepada sebuah sekolah di kawasan Bukit Bintang.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan untuk mengagihkan 150,000 unit komputer riba kepada pelajar yang memerlukan khususnya daripada keluarga B40. Inisiatif yang dibuat melalui Yayasan Hasanah itu diumumkan ketika Belanjawan 2021 pada November 2020.

Menteri Pendidikan Radzi Jidin pada 6 Jun lalu memberitahu Kementerian Pendidikan Malaysia sudah mengagihkan hampir 13,000 peranti termasuk komputer riba dengaan baki serahan dijangka selesai dibuat pada akhir Sept 2021.

Sementara itu tambah Lip Eng, tidak dapat difahami bagaimanakah kerajaan menguruskan pemberian komputer riba berkenaan kepada pelajar yang memerlukan ketika ada banyak sekolah yang tercicir.

Apa yang berlaku jelasnya adalah bukti jelas bahawa projek seperti itu telah dirangka oleh individu yang tidak menyedari realiti yang berlaku dalam kalangan rakyat biasa.

Proses pengaggihan lemah dan bermasalah?
"Pada ketika pandemik menjejaskan pembelajaran anak-anak, mereka hanya melakukan kerja sekadar memenuhi kuota dan nombor sahaja.

"Tambahan pula, komputer riba percuma itu juga bukanlah dibeli dengan wang kerajaan, malahan adalah sumbangan daripada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka," katanya.

Post a Comment

0 Comments