PERTUBUHAN Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) akan dilibatkan secara langsung bersama Pakatan Harapan (HARAPAN) sebaik proses pendaftaran gabungan parti itu bersama HARAPAN telah dimuktamadkan secara rasmi.
Pengarah Komunikasi HARAPAN, Fahmi Fadzil berkata begitu berhubung kekeliruan setelah pemimpin UPKO tiada dalam senarai lantikan baharu gabungan itu yang diumumkan pada Ahad.
Menurut Fahmi, Presiden Upko Wilfred Madius Tangau bakal memuktamadkan soal dokumentasi berkenaan penyertaan parti.
“Kami masih belum lagi mendaftarkan Upko secara rasmi dengan HARAPAN kerana ia memerlukan banyak pengiraan (computations).
“Presiden Upko akan memuktamadkan segalanya dan menyerahkan dokumen,” katanya dipetik.
Upko mengumumkan menganggotai HARAPAN pada akhir bulan lalu.
Wilfred Madius dalam laporan berkata, perbincangan agar parti berpangkalan di Sabah itu menyertai blok pembangkang terbesar itu mula dilakukan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
HARAPAN sebelum ini dianggotai tiga parti komponen iaitu KEADILAN, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas BERSATU meninggalkan gabungan itu pada Februari tahun lalu bagi mengambil alih kerajaan dengan sekumpulan Ahli parlimen yang digelar 'pengkhianat' dan beberapa parti yang kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Sementara itu menurut Fahmi, Upko akan dilibatkan dalam pengumuman HARAPAN pada masa akan datang setelah ia berdaftar secara rasmi dengan gabungan itu.
Sementara itu sebagai langkah awal kearah dan pengiktirafan kepada Upko, Wilfred Madius diberi ruang terlibat bersama Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Ismail Sabri bagi mewujudkan kestabilan kerajaan.
Pengarah Komunikasi HARAPAN, Fahmi Fadzil berkata begitu berhubung kekeliruan setelah pemimpin UPKO tiada dalam senarai lantikan baharu gabungan itu yang diumumkan pada Ahad.
Menurut Fahmi, Presiden Upko Wilfred Madius Tangau bakal memuktamadkan soal dokumentasi berkenaan penyertaan parti.
“Kami masih belum lagi mendaftarkan Upko secara rasmi dengan HARAPAN kerana ia memerlukan banyak pengiraan (computations).
“Presiden Upko akan memuktamadkan segalanya dan menyerahkan dokumen,” katanya dipetik.
Upko mengumumkan menganggotai HARAPAN pada akhir bulan lalu.
Wilfred Madius dalam laporan berkata, perbincangan agar parti berpangkalan di Sabah itu menyertai blok pembangkang terbesar itu mula dilakukan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
HARAPAN sebelum ini dianggotai tiga parti komponen iaitu KEADILAN, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas BERSATU meninggalkan gabungan itu pada Februari tahun lalu bagi mengambil alih kerajaan dengan sekumpulan Ahli parlimen yang digelar 'pengkhianat' dan beberapa parti yang kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
![]() |
Upko umum sertai HARAPAN bulan lalu |

0 Comments