MoU bukan tanda HARAPAN setuju kewujudan 'k'jaan tebuk atap'


PERJANJIAN persefahaman (MoU) ditandatangani Pakatan Harapan (HARAPAN) bersama kerajaan Persekutuan bukanlah untuk mengiktiraf kewujudan kerajaan yang dibentuk dengan merampas mandat rakyat.

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub melalui rancangan Borak Dahsyat disiarkan di Facebook Parti KEADILAN malam tadi sebaliknya menegaskan bahawa perjanjian itu dimenterai dengan asas mengutamakan nyawa rakyat.

Langkah itu jelasnya perlu dilakukan setelah nasib rakyat kini menjadi pertaruhan dalam polemik politik tidak berkesudahan.

“Dalam isu iktiraf atau tidak iktiraf, actually we are under protest (kami sedang protes). Kita tidak boleh mengiktiraf kerajaan yang ada pada hari ini.

“Tapi kerana nyawa rakyat jadi taruhan, rakyat semakin lapar, kita pilih untuk membuka fikiran kita fokus kepada isu membantu rakyat memerangi Covid-19 ini.

“Yang kedua, fokus perjanjian ini untuk membantu memulihkan ekonomi negara. Dua perkara ini kita nak bagitahu rakyat. Itulah latar belakang kenapa kita menandatangani MoU baru-baru ini,” kata bekas menteri Pertanian dan Industri Asas Tani seperti dilapor Malaysiadateline.

Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pulai turut berkata, MoU berkenaan sama sekali tidak mengikat pembangkang dan peranan mereka sebagai medium semak imbang terhadap perjalanan kerajaan.

Mereka juga tidak pernah melutut seolah-olah mengharapkan imbuhan dan timbal balas dari persefahaman yang dicapai.

MoU demi kepentingan nyawa rakyat


"RM45 bilion yang kita mohon mesti diberikan fokus kepada memerangi Covid-19. Kita tak nak dia umum sampai lapan kali, mencecah sehingga RM400 bilion tapi bila buka Pusat Pemberian Vaksin (PPV), banyak keperluan tak cukup.


“Ada doktor jumpa kita minta sumbangan komputer, karpet, kerusi. Kita derma kepada mereka sebab kita ada sedikit peruntukan. Tapi mana pergi bilion-bilion bantuan kerajaan? Sebab itu kita minta suntikan RM45 bilion untuk rakyat. Kita akan pantau keluar masuk aliran yang digunakan,” ujar merujuk apa yang berlaku sebelum ini.

Post a Comment

0 Comments