TIMBALAN KETUA Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) Howard Lee menyifatkan tindakan mengundi Ahmad Maslan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan rakyat ia akan dikenang sebagai tindakan memalukan.
Melalui satu kenyataan berkata, Ahli Parlimen terutama dari parti Bersatu wajib menolak pencalonan Ahmad Maslan bagi mempertahankan martabat parlimen.
Beliau turut mengingatkan kenyataan presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin yang sebelum ini berkata tidak meletakkan mana-mana kluster mahkamah kembali berkuasa.
“Jangan kita lupa, ikrar pada jam-jam akhir Muhyiddin Yassin adalah untuk tidak akan bekerjasama dan menyokong individu terkait dengan ‘kluster mahkamah’.
“Ahli Parlimen Pontian itu, yang cukup dikenali dengan pelbagai keletah, telahpun didakwa di mahkamah
“Atas sebab tersebut, adalah lebih baik untuk beliau tidak dipertanggungjawabkan dengan bebanan tugas sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.
Beliau yang juga ADUN Pasir Pinji turut berkata, adalah lebih baik untuk Ahmad Maslan meluangkan masa dan tenaga nya untuk menjawab pertuduhan terhadapnya di mahkamah berbanding disibukkan dengan urusan Dewan.
Martabat, integriti dan reputasi Dewan Rakyat sebagai asas kepada sistem demokrasi jelasnya tidak boleh dikotori dan dicemari apabila kerusi penting tersebut diduduki oleh seseorang yang masih belum dibersihkan oleh mahkamah.
“Saya turut menggesa supaya Ahli-ahli Parlimen untuk tidak mengundi mana-mana pemimpin ‘kluster mahkamah’ kerana ia akan menambah kerosakan yang telah sedia berlaku sekarang di bawah pimpinan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
“Kita tidak boleh membiarkan pimpinan yang tidak bersih untuk mencalarkan nama baik institusi tersebut,” tambah beliau lagi.
![]() |
Jangan biar nama baik Parlimen tercalar |
Beliau didakwa bersabit tuduhan AMLA selepas menerima sebanyak RM2 juta daripada Najib Razak dan pertuduhan memberi penyataan palsu kepada suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) berhubung cek diterimanya.
Beliau bakal menjalani perbicaraan di mahkamah mulai 7 Jun 2022.
0 Comments