KRISIS kepimpinan parti KEADILAN di Negeri Sembilan dianggap telah selesai apabila Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan supaya Aminuddin Harun kekal sebagai pengerusi negeri.
Keputusan itu dicapai setelah Anwar mengadakan mesyuarat bersama Aminuddin dan pimpinan KEADILAN lain di negeri itu bagi mencari jalan keluar kepada isu yang berbangkit.
Malah menurut Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu lagi, beberapa pemimpin yang membuat akuan bersumpah hilang kepercayaan terhadap Aminuddin sebagai pengerusi KEADILAN di negeri itu juga telah menarik balik akuan mereka.
“Saya minta Aminuddin supaya teruskan sebagai pengerusi (Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN),” kata Anwar pada sidang media di Seremban semalam.
Kemelut politik di negeri itu dilaporkan minggu lalu apabila kalangan pemimpin KEADILAN Negeri Sembilan didakwa cuba menumbangkan beliau.
Mereka dilaporkan mengeluarkan kenyataan hilang kepercayaan terhadap beliau sebagai pengerusi KEADILAN negeri dan mendesak Anwar campur tangan.
Exco kerajaan negeri, Rafie Abdul Malek antara yang mendesak rombakan dilakukan dalam MPN. Dia menuduh Aminuddin gagal mengukuhkan akar umbi parti menjelang PRU15 akan datang. Ketua Penerangan KEADILAN Negeri Sembilan Yusof Tapar yang menjadi jurucakap kumpulan itu turut dipecat daripada jawatannya.
Aminuddin dalam satu laporan media sebelum ini menafikan tidak berusaha mengukuhkan akar umbi seperti didakwa, pendemik Covid-19 dan sekatan perjalanan dikenakan kerajaan tegasnya telah menyukarkan pihaknya melaksana program-program berkaitan akar umbi.
Sementara itu Anwar menegaskan bahawa kedudukan Aminuddin sebagai Menteri Besar tidak berbangkit dan semua ketua cabang dan pimpinan parti di Negeri Sembilan juga menyatakan sokongan padu kepada beliau untuk memperkukuhkan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Saya jelaskan (perkara) yang dibangkitkan itu adalah permintaan supaya Menteri Besar beri sedikit perhatian kepada keperluan parti, cabang-cabang untuk memperkukuhkan jentera pilihan raya Negeri Sembilan,” katanya.
Anwar juga berkata, semua pimpinan parti peringkat cabang perlu faham bahawa tugas Aminuddin sebagai menteri besar adalah berbeza dengan tugas sebagai pengerusi MPN.
“Aminuddin sebagai menteri besar perlu tumpu kepada tadbir urus kerajaan negeri, masalah Covid-19, ekonomi, pelancongan dan macam-macam lagi dan ini berbeza dengan (tugas) sebagai pengerusi MPN yang hanya perlu fokus kepada urusan parti.
“Perkara ini sudah dijelaskan dalam pertemuan tadi dan kita ambil maklum pandangan disuarakan, jadi semua bersepakat, semua Exco dan timbalan speaker… untuk sama-sama menjalankan tugas masing-masing, termasuk memperkukuhkan jentera parti,” katanya dipetik.
Keputusan itu dicapai setelah Anwar mengadakan mesyuarat bersama Aminuddin dan pimpinan KEADILAN lain di negeri itu bagi mencari jalan keluar kepada isu yang berbangkit.
Malah menurut Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu lagi, beberapa pemimpin yang membuat akuan bersumpah hilang kepercayaan terhadap Aminuddin sebagai pengerusi KEADILAN di negeri itu juga telah menarik balik akuan mereka.
“Saya minta Aminuddin supaya teruskan sebagai pengerusi (Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN),” kata Anwar pada sidang media di Seremban semalam.
Kemelut politik di negeri itu dilaporkan minggu lalu apabila kalangan pemimpin KEADILAN Negeri Sembilan didakwa cuba menumbangkan beliau.
Mereka dilaporkan mengeluarkan kenyataan hilang kepercayaan terhadap beliau sebagai pengerusi KEADILAN negeri dan mendesak Anwar campur tangan.
Exco kerajaan negeri, Rafie Abdul Malek antara yang mendesak rombakan dilakukan dalam MPN. Dia menuduh Aminuddin gagal mengukuhkan akar umbi parti menjelang PRU15 akan datang. Ketua Penerangan KEADILAN Negeri Sembilan Yusof Tapar yang menjadi jurucakap kumpulan itu turut dipecat daripada jawatannya.
Aminuddin dalam satu laporan media sebelum ini menafikan tidak berusaha mengukuhkan akar umbi seperti didakwa, pendemik Covid-19 dan sekatan perjalanan dikenakan kerajaan tegasnya telah menyukarkan pihaknya melaksana program-program berkaitan akar umbi.
Sementara itu Anwar menegaskan bahawa kedudukan Aminuddin sebagai Menteri Besar tidak berbangkit dan semua ketua cabang dan pimpinan parti di Negeri Sembilan juga menyatakan sokongan padu kepada beliau untuk memperkukuhkan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Saya jelaskan (perkara) yang dibangkitkan itu adalah permintaan supaya Menteri Besar beri sedikit perhatian kepada keperluan parti, cabang-cabang untuk memperkukuhkan jentera pilihan raya Negeri Sembilan,” katanya.
Anwar juga berkata, semua pimpinan parti peringkat cabang perlu faham bahawa tugas Aminuddin sebagai menteri besar adalah berbeza dengan tugas sebagai pengerusi MPN.
![]() |
Aminuddin akan terus ketuai KEADILAN negeri |

0 Comments