Tolak Mahiaddin: 35 Ahli Parlimen KEADILAN hantar warkah ke Istana


PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengesahkan telah mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan penolakan mereka terhadap Mahiaddin Md Yasin.

Perkara itu disahkan Pengarah Komunikasi parti itu Fahmi Fadzil, susulan laporan berita sebelum ini bahawa semua Ahli Parlimen pembangkang mengutus warkah itu secara en-blok.

"Benar. KEADILAN telah mengirimkan warkah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa kesemua Ahli Parlimen KEADILAN tidak menyokong dan menolak kepimpinan Mahiaddin Md Yassin.

"Beliau tidak patut berlengah dan hendaklah letak jawatan sekarang kerana telah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, berasaskan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan," katanya sipetik laporan Malaysiakini.

Media yang memetik seorang sumber sebelum ini memberitahu, kesemua 105 ahli parlimen daripada Pejuang, DAP, KEADILAN, Warisan, Parti Sarawak Bersatu, Muda, Amanah dan Maszlee Malik (Bebas) menghantar warkah menolak Muhyiddin.

Untuk rekod, sebelum ini Umno mendedahkan bahawa sebanyak 13 anggota Dewan Rakyat parti itu menyerahkan surat tarik balik sokongan kepada Muhyiddin.

Ia menjadikan sekurang-kurangnya 118 Ahli Parlimen tidak menyokong Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana menteri sekaligus menafikan majoriti Mahiaddin dalam Dewan Rakyat.
 
Semua Ahli Parlimen KEADILAN tolak Mahiaddin


Namun, Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu sebelum ini menegaskan masih mempunyai majoriti di Parlimen selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 4 Ogos.


Dia juga berjanji untuk membawa usul undi percaya pada sidang parlimen yang dijadual bulan depan.


 

Post a Comment

0 Comments