Syed Saddiq dakwa dipujuk sokong PN sebelum kes mahkamah


AHLI PARLIMEN
Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sedang berdepan kes Mahkamah mendakwa seorang timbalan menteri memujuknya untuk kembali kepada parti itu dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dipetik laporan media, Syed Saddiq mendakwa ajakan itu dibuat Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebelum dia didakwa di mahkamah.

“Ketua Armada (yang juga ) timbalan menteri, Wan Ahmad Fayhsal datang ke rumah saya sebelum saya dituduh untuk pujuk saya kembali ke Perikatan Nasional dan (menyokong) Mahiaddin Yasin sebagai perdana menteri.

“Saya rasa kalian boleh fikirkan, kalau betullah saya curi duit parti, kenapa nak suruh saya kembali menyokong?

“Dan ibarat seorang CEO (ketua pegawai eksekutif) syarikat yang pecah amanah (CBT), curi duit syarikat tapi pada masa sama nak kekalkan.

“Kalau dah curi, buat apa nak kekalkan? Memang dah kena buang,” katanya dipetik siaran langsung Facebook hari ini.

Syed Saddiq yang merupakan pengasas bersama parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, Johor hari ini dengan dua pertuduhan baru menyeleweng RM100,000.

Pada 22 Julai, Syed Saddiq yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan menyalahgunakan dana Bersatu bernilai RM1.12 juta dan RM120,000.

“Tekanan politik seperti ini, ugutan saya tak akan tunduk kerana saya percaya saya berada di pihak yang benar,” katanya.

Syed Saddiq turut mengajukan soalan yang sama kepada Wan Ahmad Fayhsal melalui ciapan di Twitter.

“Kalau saya ni jahat sangat curi duit Armada, kenapa datang jumpa saya sebelum saya didakwa untuk sokong perdana menteri?

Syed Saddiq dakwa diajak sokong PN
Sementara itu dipetik laporan media, Wan Ahmad Fayhsal mengesahkan ada berjumpa Ahli Parlimen Muar itu baru-baru ini

Namun menafikan dakwaan menawar atau mengugut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya kembali kepada parti itu dan menyokong kerajaan sedia ada.
 

Post a Comment

0 Comments