DUA lagi Ahli Parlimen dari parti Umno didakwa akan menarik semula sokongan terhadap Mahiaddin Md Yassin.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendedahkan perkara itu berkata, dengan perkembangan itu, Mahiaddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh dijangka akan berbaki 98 sokongan Ahli Dewan Rakyat.
Justeru ketanya, keabsahan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri serta kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak perlu dinantikan di Dewan Rakyat bulan depan.
“Tinggal 100 MP sahaja yang sokong PM. Ada dua lagi MP Umno dijangka akan menarik sokongan terhadap PM. Maka tinggal 98.
“Tak payah tunggu 6 September untuk usul “undi percaya,” tempelaknya dalam hantaran di Facebook.
Mahiaddin berdepan isu jumlah sokonga dimilikinya sebagai perdana menteri, tindakan 15 Ahli Parlimen Umno yang secara terbuka menyatakan tidak menyokong Presiden Bersatu itu membuatkan keasbahannya sekali lagi dipersoalkan.
Mahiaddin pada satu perutusan khas baru-baru ini menyatakan kesediaan untuk satu usul percaya dibawakan kepadanya, namun ia dijadualkan hanya akan diadakan pada Persidangan Parlimen September nanti.
Sementara itu, Puad menegaskan Mahiaddin sepatutnya membuka sidang Parlimen bulan ini juga malah lebih baik berundur dari Putrajaya.
“Cepatkan sahaja sidang khas Parlimen ke bulan Ogos ini. Lagi bagus kalau PM letak jawatan segera.
“Mohon YDP Agong lantik caretaker Prime Minister untuk enam hingga 12 bulan,” kata bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu lagi.
![]() |
Sokongan dinikmati Mahiaddin semakin kurang |
Antaranya, beliau mengaitkan kegagalan kerajaan PN memerangi pandemik Covid-19 yang telah meragut ribuan nyawa di negara ini.
0 Comments