PEMIMPIN Pakatan Harapan (HARAPAN) diminta bersiap sedia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, kata laporan.
Portal FMT malam tadi berkata, titah mengadap itu bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu yang bakal dibentuk, susulan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikepalai Mahiaddin Md Yasin.
Seorang pemimpin pembangkang yang enggan dinamakan menurut laporan itu berkata, pemimpin KEADILAN, DAP dan Amanah telah dimaklumkan mengenai pertemuan itu semalam.
Sementara seorang Ahli Parlimen yang dipetik laporan Sinar pula berkata, Seri Paduka memanggil ketua-ketua parti atau wakil untuk menghadap pada jam 2 petang ini di Istana Negara.
Individu itu tidak menolak kemungkinan ia adalah sebahagian proses untuk melantik seorang perdana menteri baharu susulan perkembangan terkini politik dalam negera.
"Ya, saya mengesahkan memang ketua-ketua parti sudah menerima titah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
"Saya tidak tidak tahu tentang apa tetapi mungkin Tuanku mahu mengetahui pandangan setiap parti-parti selepas Muhyiddin letak jawatan.
"Kemungkinan ini adalah ," katanya pada malam Isnin.
Seri Paduka Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam menerima peletakan jawatan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa serta-merta.
Susulan peletakan jawatan itu, Seri Paduka turut berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sehingga seorang Perdana Menteri baharu dilantik.
![]() |
Istana Negara sekali lagi jadi tumpuan |
0 Comments