MAJLIS PEGUAM mahu pentadbiran baharu negara melakukan pembaharuan Parlimen dan pilihan raya.
Presiden Majlis Peguam, AG Kalidas dalam satu kenyataan susu;an pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri berkata, suara dan pandangan minoriti serta pembangkang di negara ini mesti dihormati.
“Pengekalan dan penyalahgunaan amalan serta prosedur Parlimen berat sebelah akan menyumbang kepada kegagalan Parlimen serta hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap demokrasi kita,” katanya.
Melalui kenyataan itu juga, Kalidas mengingatkan kerajaan supaya menegakkan kedaulatan undang-undang, Perlembagaan Persekutuan dan hak yang termaktub di dalamnya, termasuk kebebasan bergerak, bersuara dan berhimpun.
Hak rakyat yang dilindungi Perlembagaan itu katanya, tidak boleh dikorbankan atas nama Covid-19.
Selain itu beliau turut menggesa pembaharuan ke atas persempadanan pilihan raya kerana ini penting untuk melindungi “nilai satu undi setiap orang”.
![]() |
Hormati pandangan minoriti dan pembangkang |
“Sangat penting untuk mempunyai kepercayaan awam dan keabsahan dalam kerajaan baharu supaya langkah kesihatan awam boleh dilaksanakan dengan adil serta berkesan.
“Majlis Peguam akan terus bekerjasama dengan kerajaan hari ini, tanpa mengira parti atau aliran politik, untuk menegakkan demokrasi dan kedaulatan undang-undang, melindungi serta mempertahankan kebebasan dan hak asasi rakyat.” tambahnya.
0 Comments