Ismail Sabri perlu buang 'badi Langkah Sheraton'


ISMAIL SABRI YAAKOB perlu mengambil beberapa langkah drastik dalam pentadbiranya secara segera bagi membuang 'badi Langkah Sheraton'

Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof melalui satu kenyataan berkata antara langkah itu adalah dengan memulihkan demokrasi dengan memperbanyakkan jawatankuasa pilihan parlimen rentas parti tertumpu kepada Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Dengan cara itu katanya membolehkan wujudnya mekanisme semak-imbang lebih berkesan dan idea yang disatukan atas kepentingan negara semasa krisis.

"Selain itu perdana menteri perlu memberi keyakinan kepada rakyat dengan memperkenalkan akta antilompat parti dengan melibatkan jawatankuasa dianggotai semua pihak sebelum ia dibentang di parlimen," katanya Ahli Parlimen Parti Buntar itu.

Tambah Mujahid, Ismail Sabri juga perlu memperkecilkan saiz kabinet supaya dapat memberikan lebih fokus mengendalikan implikasi Covid-19 kepada kesihatan awam, ekonomi, pendidikan dan kebajikan rakyat.

Kepercayaan rakyat terhadaoa institusi politik dan pemerintahan juga perlu ditegakkan melalui penguatkuasaan yang adil, melawan rasuah, memberikan layanan adil kepada wakil rakyat yang mewakili mandat pengundi masing-masing dan mengamalkan ketelusan.

"Seramai 114 bukanlah bilangan yang menjaminkan kestabilan, namun apa yang berlaku ke atas Muhyiddin tempoh hari membuktikan seramai 15 ahli Parlimen Umno telah mempolitikkan hubungan tegang Umno-Bersatu sehingga membawa kepada lahirnya kerajaan kitar semula hari ini

Jangan dianggap PM kitar semula
"Kegagalan Ismail Sabri mempamerkan iltizam ke arah perubahan seperti di atas akan mendedahkan dia kepada label perdana menteri kitar semula.

"Ismail Sabri perlu menghindari tekanan politik 114 anggota parlimen dan blok yang menyokongnya menuntut habuan masing-masing," kata Mujahid.
 

Post a Comment

0 Comments