BELUM pun diisytiharkan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mula menerima penolakan dari rakyat.
Satu kempen dalam talian bagi menolak pelantikan Ahli Parlimen Bera itu ke jawatan dikosongkan Mahiaddin Md Yassin telah dilancarkan semalam dan telah mendapat lebih 270,000 tandatangan warganet setakat petang ini.
Petisyen itu menulis bahawa rakyat tidak mahukan Ismail dilantik sebagai perdana menteri kerana ketika menganggotai kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau dikatakan cuai dan gagal menangani wabak Covid-19.
Ketika ini, Ismail dipercayai memperoleh sokongan 114 Ahli Parlimen menjadikan kelebihan majoriti berpihak kepadanya.
![]() |
Ismail disebut-sebut ganti Mahiaddin |
Sebagai rekod, Yang di-Pertuan Agong akan bermesyuarat bersama Majlis Raja-raja Melayu Jumaat ini bagi memutuskan hal berkenaan pelantikan perdana menteri dan pembentukan kerajaan baharu.
0 Comments