NAIB PRESIDEN Amanah Mahfuz Omar mendakwa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) berbohong terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam akuan berkanun (SD) mereka yang tidak menyatakan syarat bagi mencalonkan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri.
Perkara itu dibangkitkan Mahfuz melalui satu muat naik di laman Facebooknya susulan kenyataan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin bahawa sokongan diberikan kepada Ismail Sabri adalah sokongan bersyarat.
“Saya dapati sokongan Ahli Parlimen PN ini adalah bertentangan dengan titah Tuanku seperti dalam surat pemakluman dari Speaker Dewan Rakyat. Ini bermakna MP PN telah membohongi YDPA dalam surat akuan bersumpah mereka yang tidak menyatakan syarat.
“Tetapi seperti kandungan kenyataan media dari Muhyiddin, Pengerusi PN menyatakan sokongan mereka adalah bersyarat,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, dia yakin syarat dan ugutan dibuat PN kepada Ismail menjadikan Malaysia dipengaruhi politik "peras ugut bercorak mafia".
Justeru menurutnya, jika Ismail terpilih sebagai perdana menteri dan kerajaan yang bakal dibentuk adalah dalam suasana tidak stabil dan aman, serta kucar kacir politik Malaysia akan berulang.
“Saya percaya berasaskan pergolakan politik dalaman Umno sebelum kejatuhan TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebagai PM sudah tentu Ismail Sabri berdepan dengan peras ugut dan syarat yang tidak dilafazkan oleh kumpulan presiden Umno.
“Saya mohon kepada kebawah Duli Tuanku YDPA sebelum membuat keputusan perlu melihat perkara ini sedalamnya demi masa depan kesejahteraan Malaysia tercinta,” katanya.
"Satu proses baru perlu dicari oleh YDPA bagi menjamin PM (perdana menteri) yang dilantik nanti adalah daripada seorang yang tidak takut dengan peras ugut politik dalaman seperti yang berlaku dan tidak terikat dengan kepentingan politik parti sendiri,” katanya lagi.
Dalam kenyataannya itu, Mahfuz turut melampirkan kenyataan media Muhyiddin, hari ini, dengan turut memaparkan Titah Agong berkenaan terutama perenggan 4C, menyatakan ‘pernyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat’.
Sebagai rekod, dalam kenyataannya Mahiaddin berkata, jika Ismail Sabri mendapat perkenan untuk menjadi perdana menteri nanti, Dia mesti memastikan anggota kabinetnya terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.
Katanya, kerajaan PN di bawah pimpinan Ismail juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan.
Kenyataan Mahiaddin itu dipercayai ada kaitan dengan sokongan diberikan beberapa Ahli Parlimen Umno yang sebelum ini dikaitkan dengan kluster Mahkamah.
![]() |
Mahfuz dakwa Ahli Parlimen PN berbohong |
"Adakah Pak Long Mail akan menjadi 'estafet' perubahan.
"Atau Ismail Sabri akan tunduk kepada desakan-desakan 'sahabat baik' kluster mahkamah, mereka yang telah merosakkan nama baik Umno," sebahagian kata Ashraf dipetik.
0 Comments