BEKAS Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai dilapor meninggal dunia pada jam 6 pagi tadi.
Berita kematian Sakaran disahkan anak ketiganya, Nasir Sakaran seperti dipetik satu laporan media.
“Ya benar ayah kami sudah meninggal dunia pagi ini. Pihak hospital baharu sahaja menghubungi pihak keluarga sebentar tadi,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Difahamkan,Sakaran, 91, mengembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles akibat jangkitan Covid-19
Allahyarham yang merupakan bapa saudara kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dimasukkkan ke hospital swasta sejak 18 Ogos lalu sebelum kemudiannya di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 24 Ogos lalu.
Berasal dari Semporna, berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002.
Beliau sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 pada 1994.
Berita kematian Sakaran disahkan anak ketiganya, Nasir Sakaran seperti dipetik satu laporan media.
“Ya benar ayah kami sudah meninggal dunia pagi ini. Pihak hospital baharu sahaja menghubungi pihak keluarga sebentar tadi,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Difahamkan,Sakaran, 91, mengembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles akibat jangkitan Covid-19
Allahyarham yang merupakan bapa saudara kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dimasukkkan ke hospital swasta sejak 18 Ogos lalu sebelum kemudiannya di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 24 Ogos lalu.
![]() |
Sakaran berusia 91 tahun |

0 Comments