PORTAL Malaysiakini dalam laporan yang memetik seorang sumber yang dekat dengan Presiden Umno berkata, Ahmad Zahid Hamidi masih terus dengan rancangan untuk membawa keluar parti itu dari Perikatan Nasional (PN).
Dakwaan itu menyusul pelantikan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri semalam.
Sumber itu memberitahu, isu membawa keluar Umno dari gabungan yang membentuk kerajaan susulan 'langkah Sheraton' itu menjadi agenda utama yang mahu dibincangkan pada mesyuarat majlis tertinggi Umno malam tadi.
"Ia tidak merubah (situasi). Mesyuarat akan berjalan seperti yang dirancang," kata sumber itu seperti dilapor media.
Isu berkaitan usaha membawa Umno dari PN oleh Zahid rancak dilapor media sejak beberapa hari lalu, beberapa siri pertemuan termasuk secara rahsia antara pemimpin Umno juga telah didedahkan.
Mahiaddin melalui kenyataan Semalam secara mengejut mengumumkan pelantikan Ismail sebagai timbalan, manakala Hishammuddin Hussein yang sebelum ini didakwa berpihak kepada Bersatu dinaikkan pangkat sebagai menteri kanan.
![]() |
Pelantikan didakwa bercanggah keputusan MPP |
Sumber-sumber Umno pula mendakwa, sebelum mengeluarkan kenyataan ucapan terima kasih kepada Zahid, Ismail telah hadir ibu pejabat parti itu di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur dalam usaha untuk berdamai. namun hasil pertemuan itu tidak dapat dipastikan.
0 Comments