SEBILANGAN Ahli Parlimen pembangkang menyuarakan kebimbangan bahawa sidang parlimen yang dijadualkan akan diadakan pada 26 Julai ini akan semata-mata menjadi sesi taklimat kerajaan.
Kebimbangan itu disuarakan mereka susulan kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) tidak menyebut mengenai perbahasan dewan.
Sebaliknya, kenyataan PMO itu menyebut bahawa 'Mesyuarat khas' tersebut bertujuan untuk memberi penjelasan kepada ahli parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan diadakan secara hibrid bagi membolehkan proklamasi dan ordinan darurat dibentangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
“Dari kenyataan (PMO) ini, ahli parlimen semakin bimbang bahawa sidang parlimen akan menjadi sesi taklimat.
"Tidak ada soalan, tidak ada perbahasan. Bagaimana kita membawa isu-isu rakyat - vaksin, (pinjaman) moratorium, perintah kawalan pergerakan yang dipertingkatkan, SOP?
"Jangan biarkan demokrasi berparlimen mati di unit rawatan rapi," kata Ahli Parlimen Bayan Baru dari KEADILAN Sim Tze Tzin di Twitter.
Parlimen digantung sejak 11 Januari berikutan perisytiharan darurat yang akan berakhir pada 1 Ogos.
Desakan agar Parlimen dibuka bagi membincangkan isu berkaitan pendemik dan krisis dihadapi rakyat dilontarkan sejak beberapa bulan lalu.
Setelah dilihat tidak mempedulikan desakan tersebut, kerajaan pimpinan Mahiaddin Md Yassin akhirnya terpaksa akur untuk membuka Parlimen terutama setelah ang di-Pertuan Agong beberapa kali menitahkan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) memanggil sidang Dewan Rakyat secepat mungkin.
Sementara itu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula mengingatkan kerajaan bahawa sidang parlimen tidak seharusnya bersifat formaliti semata-mata memandangkan dia ingin membangkitkan pelbagai isu rakyat akibat wabak Covid-19..
Dalam catatan di Facebooknya, pengasas bersama parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata beliau mahu hadir ke Parlimen bagi membahaskan isu rakyat dan bukan mendengar ceramah kerajaan.
"Saya nak bawa isu rakyat. SOP dua darjat. Yuran universiti dan nasib mahasiswa. Moratorium tanpa faedah. Rakyat 1st, bukan untung bank-bank besar! Cash handout bagi rakyat.
"Buat apa buka parlimen jika tiada perbahasan dan undian. Hadir sekadar dengar ceramah kerajaan.
"Peniaga kecil mati, tapi Kilang ok. Please la! Kalau nak buka, buka seluas luasnya. Bukan sekadar formaliti supaya kami dengar ceramah kerajaan," katanya.
Syed Saddiq turut menegaskan bahawa sebagai wakil rakyat yang gajinya dibayar rakyat, merupakan kewajipan untuknya menyuarakan isu rakyat di dalam dewan.
Isu pembukaan parlimen kali ini mendapat perhatian banyak pihak, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan dari PMO berhubung 'mesyuarat khas' itu sebagai penuh helah.
Sementara itu, bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan kerajaan PN sebagai "penakut".
"Setelah 8 bulan tidak bersidang, depa buka parlimen cuma lima hari.
"Hari pertama titah perasmian YDP Agong bagi mesyuarat penggal. Isu utama bagi baki empat hari ialah membahas dan luluskan bagaimana parlimen boleh bersidang secara hibrid.
"Lepas itu, kata cuma bentangkan proklamasi dan ordinan darurat di hadapan kita.
"Sepatutnya, pelan pemulihan perlu dibahas, bantuan rakyat perlu didebat, langkah lawan Covid perlu diteliti dan ordinan-ordinan Darurat perlu didebat," katanya dipetik.

![]() |
Isu rakyat perlu dibincangkan di Parlimen |

0 Comments