BAPA kepada pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaa, Ebit Lew telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Perkhabaran sedih itu dikongsikan Ebit sendiri melalui laman Facebooknya petang tadi.
Dalam hantara itu, Ebit berkata dia dalam perjalanan ke Hospital Gleanagles di Kuala Lumpur untuk membawa jenazah ayahnya dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang dan kemudian akan dibawa terus ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapa saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini.
“Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.
“Saya dalam perjalanan ke Gleneagles Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan Al-Fatihah,” katanya.
Pada 6 Julai lalu, Ebit menerusi hantaran Facebook memaklumkan bahawa bapanya sedang menghidap kanser perut tahap akhir.
Sementara itu, pegawai khas beliau, M Azizul Fauzi menerusi kenyataan ringkas berkata bapa pendakwah itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.45 petang.
![]() |
Jenazah bakal dikebumikan di Muadzam Shah |
Sementara itu ruangan komen di media sosial Ebit terus dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada warganet yang turut berduka atas pemergian bapa pendakwah tersebut.
0 Comments