Anwar gesa K'jaan salur RM1,500 sebulan sepanjang 'lockdown'


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemuka cadangan supaya kerajaan menyalurkan bantuan RM1,500 sebulan kepada kumpulan isi rumah B60.

Bercakap dalam satu siaran video di laman Facebooknya, Presiden KEADILAN itu berkata, bantuan itu wajar diberikan sepanjang tempoh sekatan penuh atau 'lockdown' dikuatkuasakan.

Mengulas tekanan dihadapi rakyat terbanyak ketika ini, susulan PKP berpanjangan oleh kerajaan dikepalai Mahiaddin Md Yassin, Anwar berkata kumpulan tersebut sebenarnya memerlukan bantuan yang konsisten untuk terus bertahan dan bukan bantuan bersifat 'one off' yang sifatnya hanya sebagai bantuan sementara.

“Seterusnya, bantuan kewangan yang hanya dalam bentuk gimik tidak akan mempunyai kesan segera. Yang diperlukan sekarang ialah ‘cash in hand’ (wang tunai dalam tangan) yang konsisten dan mapan.

“Jumlah ‘cash in hand’ yang wajar adalah RM1,500 sebulan untuk golongan B60,” katanya sambil menegaskan bahawa bantuan kewangan dalam bentuk tunai akan tiris dengan cepat untuk membayar hutang kediaman ataupun rumah.

Mengulas mengenai pengangguran, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata pekerjaan adalah satu "safety net” kepada agolongan B60 .

"Pada waktu ini jumlah warganegara yang tidak mempunyai pekerjaan dianggarkan sejumlah 800,000 orang.

PN digesa salur bantuan bulanan
"Sudah pasti jumlah ini termasuk mereka di dalam kategori B60 tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut menyifatkan pelan pemulihan yang dibentang kerajaan Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini sebagai tidak menyelesaikan masalah dihadapi rakyat

Post a Comment

0 Comments