Wanita KEADILAN sasar tanding 20 kerusi Parlimen

WANITA KEADILAN dilapor telah mengenal pasti sembilan kerusi parlimen untuk ditandinginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Ketuanya, Fuziah Salleh dipetik laporan Bernama berkata, sayap itu berharap dapat merealisasikan sasaran 20 ahli Parlimen daripada sayap itu  yang kini diwakili 11 Ahli Parlimen.

“Hasrat kita pada pilihan raya umum akan datang ialah memastikan bahawa 11 kerusi ini dikekalkan sebagai kerusi Wanita,” katanya dalam ucapan dasar Kongres Wanita Nasional 2020 bersempena Kongres Nasional PKR 2020 yang diadakan semalam.

Melalui ucapan dasar itu juga, Fuziah yang merupakan Ahli Parlimen Kuantan menegaskan bagi memastikan usaha tersebut tercapai, Jawatankuasa Pilihan Raya Wanita Pusat (JPRWP) telah mengambil beberapa langkah termasuk mengenal pasti calon berpotensi.

“Telah lama angka lantai 30 peratus kedudukan wanita di posisi membuat keputusan ini dilaung-laungkan, malah telahpun termaktub dalam perlembagaan parti. Kita tidak mahu ia hanya tinggal menjadi catatan dan retorik semata-mata, tetapi kita akan memastikan ia benar-benar ditepati pelaksanaannya,” katanya lagi.

Persidangan bagi sayap Wanita parti itu diadakan semalam dengan bertemakan ‘Wanita Beraspirasi Untuk Memberi Inspirasi’.

Kongres julung kali yang dilakukan sepenuhnya secara dalam talian berikutan sekatan pergerakan penuh seluruh negara bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 itu dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang julung kalinya diadakan secara maya b

Hari ini, sayap pemuda parti itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pula bersidang dengan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan dasar pada Ahad iaitu hari terakhir kongres tahunan berkenaan berlangsung.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Wan Azizah berkata bertepatan dengan tema kongres Wanita kali ini, ahli hendaklah istiqamah dan konsisten dalam perjuangan parti dengan sikap sederhana serta mencari titik persefahaman dan bukan eksklusif.

Bukan langkah cabar kepimpinan lelaki
“Insya-Allah, pada pilihan raya umum akan datang lebih ramai lagi calon wanita akan ketengahkan. dan langkah ini bukanlah untuk mencabar kaum lelaki,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Difahamkan, jumlah keahlian KEADILAN kini telah berjumlah 1,034,093 orang, dan daripada jumlah itu, 408,038 orang adalah ahli Wanita, manakala jumlah ahli Angkatan Muda Keadilan pula 229,006 orang.

KEADILAN menjadi parti politik pelbagai kaum paling cepat berkembang di negara ini kerana ideologi perjuangan mereka yang lebih adil dan menyeluruh untuk semua kaum.

Post a Comment

0 Comments