SATU kempen dalam talian telah dimulakan bagi mendesak Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali meletak jawatan.
Setakat berita ini ditulis, petisyen dengan tanda pagar #AzminLetakJawatan itu telah melepasi angka 100,000 tandatangan kira-kira 2 jam lalu dengan kini mengampiri angka 115,000 tandatangan.
"Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan. Titik," kata petisyen itu.
Azmin adalah menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). Dia dikritik ramai pihak susulan dakwaan terdapat kebenaran operasi perkhidmatan tidak perlu semasa total lockdown PKP Penuh berlangsung.
Terdahulu, Hantaran Facebook "saya dah tutup pintu depan" yang dibuat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri kelmarin mengundang perhatian.
Walaupun kemudian dinafikan Ismail ada maksud lain disebalik hantaranya itu, ada pihak melihatnya sebagai sindiran berkaitan kebenaran operasi kilang diberikan kementerian Azmin ketika sekatan pergerakan penuh pada masa ini.
Media melaporkan berlaku ketegangan antara Ismail dengan Azmin Ali dalam mesyuarat kabinet sebelum ini.
Ketegangan itu didakwa sumber berpunca daripada tindakan saat akhir Miti untuk mengawal permohonan bagi kebenaran untuk beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) pada masa ini.
Ditambah pula dengan isu syarikat arak beroperasi ketika PKP yang akhirnya Ismail Sabri arahkan ia ditutup, kata sumber lagi.
Sementara itu di laman petisyen tersebut, wargamaya meninggalkan komen mereka yang bersetuju supaya Azmin meletak jawatan.
Aida Ibrahim berkata' Dia tidak jujur, orang tidak jujur tak boleh jadi pemimpin,".
Manakala Nur Zawani pula berkata "Dia menjadi antara punca pergolakan politik dan siri-siri pengkhianatan di negara ini,"
"Menteri pintu belakang tak guna," kata Logeswaran Govindaras pula.

Azmin disifatkan tak layak jadi pemimpin |

0 Comments