MENTERI Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi dikritik susulan kenyataan sebelum ini bahawa kerajaan tidak boleh memaksa bank memberikan moratorium menyeluruh kepada peminjam.
Bekas Menteri Kewangan era Pakatan Harapan (HARAPAN), Lim Guan Eng berkata kerajaan tidak seharusnya bersikap selektif dalam menggunakan kuasa darurat hanya ke atas perkara yang melibatkan keperluan politik sahaja.
Dengan memberi contoh bagaimana pentadbiran Muhyiddin menggunakan kuasa darurat untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (Kwan) bagi memperuntukkan RM5 bilion daripada Kwan untuk pembelian vaksin dan kos imunisasi.
Hal sama, katanya, sepatutnya boleh dilakukan bagi memaksa bank memberikan moratorium menyeluruh.
“Namun, (Perdana Menteri) Muhyiddin (Yassin) enggan melakukan perkara yang sama untuk meminda pelbagai undang-undang untuk memaksa industri perbankan bagi melanjutkan moratorium pinjaman secara automatik, kecuali kumpulan 20 teratas (T20),” katanya Setiausaha Agung DAP itu dalam kenyataan.
Jelasnya, walaupun tidak bersetuju dengan Tengku Zafrul dan boleh menunjukkan pelbagai undang-undang di mana kuasa tersebut terletak kepada kerajaan untuk memaksa bank untuk patuh, pertikaian ini dapat diselesaikan dengan mudah dengan menggunakan kuasa darurat untuk meminda pelbagai undang-undang selama tempoh krisis Covid-19.
“Peguam telah mencadangkan kepada kerajaan untuk meminda Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang seperti Akta Kwan atau membawa kembali Akta Langkah Sementara Covid-19 untuk merangkumi industri perbankan yang melarang hukuman ke atas kegagalan melaksanakan kewajiban kontrak,” katanya lagi.
Pada Selasa, Tengku Zafrul berkata s kerajaan tidak memiliki “kemampuan undang-undang” untuk memaksa bank melaksana moratorium.
Beberapa pihak tampil membalas kenyataan senator itu, antaranya peguam terkenal, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang juga menganjurkan kerajaan membuat peraturan darurat bagi tujuan itu.
Malah ketika mengulas mengenai moratorium ketika pendemik, ada pakar ekonomi berpandangan pengelasan kelas pendapatan kepada B40 dan M40 sudah tidak relevan kini.
Pengkelasan pendapatan tak lagi releven |
0 Comments