KONGRES Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2020 yang berlangsung selama tiga hari membuka tirai persidangannya hari ini secara maya sepenuhnya.
Ia terpaksa diadakan dalam talian susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.
Kongres tahunan berkenaan dimulai dengan persidangan Wanita dengan ucapan oleh Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diikuti ucapan dasar Ketua Wanita Fuziah Salleh.
Esok, persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dijadual akan diadakan dengan ucapan dasar oleh Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Sementara itu, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dijangka menyampaikan ucapan dasar pada Ahad iaitu hari terakhir kongres tahunan berkenaan berlangsung.
Melalui ucapan disampaikan di Facebook bersempena dengan kongres itu, Anwar menyifatkan persidangan kali ini Sebagai unik.
Ia menjadi persidangan yang pertama kali diadakan sepenuhnya dalam talian sepanjang penubuhan parti berkenaan yang kini menginjak usia 22 tahun.
“Saya berdoa kepada Allah mudah-mudahkan kita berkongres dalam keadaan baik dan selamat serta (mendapat) penyertaan yang membanggakan,” katanya dipetik.
Bakal bersidang secara maya hingga Ahad |
Namun diubah format kepada persidangan dalam talian sepenuhnya susulan sekatan pergerakan penuh selama 14 hari bermula Selasa lepas.
0 Comments