KERAJAAN Selangor yang ditadbir Pakatan Harapan (HARAPAN) dilapor memperuntuk lebih RM200 juta untuk membeli vaksin Covid-19.
Proses pembelian itu menurut Menteri Besar, sedang diuruskan dan dijangka akan dimuktamadkan minggu hadapan.
"Saya percaya, perbincangan pembelian vaksin di peringkat akhir. Minggu hadapan, kita sudah boleh mengesahkan proses itu," kata Amirudin Shari selepas Program Agihan Bakul Makanan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Prihatin di Sabak Bernam.
Dijangkakan, lebih sejuta individu di negeri itu akan mendapat manfaat suntikan vaksin dibiayai Kerajaan Selangor kelak.
Sementara itu jelasnya, setelah proses mendapatkan vaksin itu selesai, program vaksinasi akan digerakkan menerusi Selgate Corporation dan Selangor Health Care (SelCare).
"Tumpuan (pemberian vaksin) itu juga nanti akan terarah kepada fasa kedua, iaitu membabitkan golongan warga emas dan golongan berisiko tinggi.
Proses pembelian sedang diuruskan |
"Dengan cara itu, sektor ekonomi akan dapat berjalan dan kita dapat mengawal penularan dan mengurangkan kes Covid- 19," katanya sambil menjelaskan ia antara usaha Kerajaan Selangor menampung keperluan dan mempercepat usaha imunisasi Kerajaan Persekutuan oleh Persekutuan
Sementara itu, seramai 80,981 penduduk di Selangor telah disaring Covid-19 secara
percuma, iaitu melebihi sasaran awal ditetapkan sebanyak 50,000.
Amirudin dipetik laporan media berkata, daripada jumlah itu, 3,055 membabitkan 3.77% individu berkemungkinan Positif Covid-19.
Kerajaan Selangor melaksanakan Saringan Komuniti Bersasar kepada rakyat
negeri itu secara percuma bermula 8 Mei sehingga 10 Jun di setiap Dewan
Undangan Negeri (DUN) dengan sasaran dua DUN dalam sehari.
0 Comments