K'jaan tak ada kuasa: Peguam bidas kenyataan Menteri Kewangan


KENYATAAN Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk memaksa bank menawarkan moratorium menyeluruh kepada para peminjam disangkal seorang peguam.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla seorang peguam terkemuka berkata, keadaan darurat yang masih berkuat kuasa, kerajaan boleh memaksa bank dengan hanya perlu membuat peraturan darurat yang akan memberi mereka kuasa untuk melakukannya.

"Semua ini dibenarkan walaupun nampak seakan-akan salah. Sudah tentu, tidak ada semak dan imbang, tetapi ia dibenarkan dalam keadaan darurat.

"Jadi, untuk dia (Tengku Zafrul) mengatakan bahawa mereka (kerajaan) tidak mempunyai kuasa, sama sekali tidak benar. Saya menekankan bahawa itu salah. Itu adalah pembohongan kepada orang ramai,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Haniff memberi contoh tindakan pentadbiran Muhyiddin Yassin yang menagangguhkan Parlimen, meluluskan perbelanjaan tanpa membentangkannya di parlimen, dan membenarkan mengambil alih harta persendirian jika diperlukan untuk membantu mengendalikan pandemik Covid-19 yang dilakukan dibawah kuasa darurat.

Sementara itu tambah Haniff, dengan menggunakan kuasa dibawah darurat itu, peraturan kepada bank itu dapat menjadi "satu peraturan sederhana" yang menetapkan bahawa semua perkhidmatan kewangan dengan jumlah tertentu ditangguhkan dalam pembayarannya, denda pembayaran lewat dan sebagainya, untuk jangka waktu tertentu.

"Dengan cara ini, kerajaan dapat memaksa bank untuk memberikan moratorium pembayaran pinjaman dalam apa jua syarat yang difikirkannya sesuai, dan ini dapat dibatasi kepada kemudahan tertentu jika diperlukan," katanya lagi.  

Zafrul sebelum ini ditanyakan mengapa kerajaan tidak melaksana morotarium automatik seperti yang dibuat semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0.

Haniff anggap alasan Zafrul tak benar
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB dan CEO CIMB Bank itu berkata bahawa kerajaan tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk menentukan pelaksanaan dan penyediaan moratorium sebaliknya ia ditentukan melalui perbincangan antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi perbankan.

Susulan sekatan penuh diumumkan kerajaan, banyak pihak trutama di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Umno serta penganalisis ekonomi menggesa supaya langkah morotarium dilaksana bagi meringankan beban rakyat.
 
 

Post a Comment

0 Comments