KEADILAN disarankan untuk tidak lagi menjalinkan sebarang kerjasama politik dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Gesaan itu dibuat Ketua Wanita KEADILAN Perak Junaida Jamaludin pada sesi perbahasan usul ucapan dasar ketua wanita semasa Kongres Wanita Nasional 2020 bersempena Kongres Nasional KEADILAN 2020 yang bermula semalam.
Junaida turut menegaskan bahawa bekas Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) itu sebagai punca kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) awal tahun lalu.
“Sejarah tak mungkin terpadam apabila beliau tanpa budi bicara telah meletak jawatan yang menyebabkan keruntuhan HARAPAN yang memang menjadi harapan kepada rakyat.
“Dua tahun singkat untuk kita membuat pembaharuan dan tidak cukup untuk melaksanakan seluruh agenda reformasi,” tegasnya dalam sesi kongres yang diadakan secara maya itu.
Pada 24 Feb tahun lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri, situasi itu telah diambil kesempatan oleh beberapa Ahli Parlimen untuk bersekutu dan membentuk kerajaan baharu walaupun tanpa mandat dari rakyat.
Sementara itu, saranan Junaida disambut perwakilan Melaka Fadillah Mohd Salleh yang memberi peringatan dan teguran kepada seluruh ahli serta kepemimpinan parti agar mengambil iktibar daripada peristiwa kejatuhan kerajaan HARAPAN.
Pemimpin tegasnya tidak harus terbui mimpi dengan kejayaan, namun wajar menjadikan kejayaan sebagai pemangkin dalam membela rakyat.
Semalam, Kongres tahunan KEADILAN dimulai dengan persidangan Wanita dengan ucapan oleh Penasihat parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diikuti ucapan dasar Ketua Wanita Fuziah Salleh.

BACA: Kongres KEADILAN bermula, sidang secara maya sepenuhnya
Kongres akan diadakan secata maya sepenuhnya untuk tiga hari susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan.
Hari ini, persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dijadual akan diadakan dengan ucapan dasar oleh Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir, manakala Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dijangka menyampaikan ucapan dasar pada Ahad iaitu hari terakhir kongres tahunan berkenaan berlangsung.
Semasa sesi perbahasan sayap wanita semalam, 15 pembahas, 14 mewakili negeri dan seorang pembahas mewakili Srikandi membahaskan ucapan dasar berkaitan pendidikan, alam sekitar, keganasan berasaskan gender dan juga hal ehwal antarabangsa.
Seramai 369 daripada 656 perwakilan yang layak telah menyertai Kongres Nasional Wanita PKR 2020 sekali gus mencukupi syarat korum kongres tersebut yang buat julung kalinya diadakan secara maya itu.
Kongres akan diadakan secata maya sepenuhnya untuk tiga hari susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan.
Hari ini, persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dijadual akan diadakan dengan ucapan dasar oleh Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir, manakala Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dijangka menyampaikan ucapan dasar pada Ahad iaitu hari terakhir kongres tahunan berkenaan berlangsung.
Tun M disifatkan punca k'jaan HARAPAN tumbang |

0 Comments