KETUA Penerangan KEADILAN negeri Perak secara sinis membidas kenyataan dibuat Takiyuddin Hassan dengan menghadiahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu senaskah kamus bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tindakan itu dilakukan Muhamad Arafatt Varisai Mahamad bertujuan mengajar Setiausaha Agong PAS itu makna "segera" dan "secepat mungkin" setelah Takiyuddin dilihat sengaja mentafsirkan ungkapan yang digunakan dalam kenyataan Istana Negara itu mengikut kepentingan diri dan politiknya.
"Oleh kerana itu saya nak menghadiahkan kamus untuk menteri undang-undang saudara Takiyuddin sekiranya (dia) tidak faham bahasa, tak faham maksud segera dan maksud secepat mungkin," katanya dipetik rakaman video di laman Facebooknya.
Pada 16 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu mengadakan perbincangan khas mengenai situasi semasa negara termasuk isu ancam wabak Covid-19 dan situasi politik negara.
Seri Paduka kemudian menzahirkan pandangan bahawa persidangan parlimen di negara ini perlu diadakan secepat mungkin. Pandangan tersebut kemudian disokong Majlis Raja-raja.
Takiyuddin yang menjaga Parlimen dan Undang-Undang kemudian berkata Agong menyatakan pandangan supaya persidangan parlimen dibuat secepat mungkin namun tidak ada tarikh dinyatakan.
“Perkataan digunakan dalam kenyataan Yang di-Pertuan Agong ialah ‘persidangan parlimen perlu diadakan secepat mungkin'. Yang di-Pertuan Agong pun tidak menitahkan supaya persidangan parlimen perlu diadakan pada bulan tertentu, sebaliknya secepat mungkin," kata Takiyuddin pada program Bicara Harakah bertajuk 'Proklamasi Darurat: Berjaya atau Sebaliknya' yang disiarkan secara maya pada sebelah malamnya.
Susulan kenyataan itu Takiyuddin dikritik ramai. Malah pemimpin politik mendakwa Takiyuddin menderhaka dan cuba mengelirukan rakyat.
Beberapa laporan polis terutama dari Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) telah dibuat terhadapnya.
Sementara itu tambah Muhamad Arafatt, sikap PAS yang tidak mengendahkan istana bukanlah kali pertama dibuat parti berkenaan kerana pernah berlaku di Perak iaitu pada tahun lalu.
ADUN Hulu Kinta itu merujuk kepada kegagalan pemimpin PAS menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebelum baginda memperkenankan pelantikan menteri besar baru negeri itu.
Dalam kejadian itu, semua Adun PAS Perak termasuk pesuruhjayanya Razman Zakaria tidak menghadap Sultan Nazrin seperti yang dititahkan. Beberapa hari kemudian Presiden PAS Abdul Hadi Awang akhirnya menghadap Sultan Nazrrin Shah untuk memohon ampun.
"Inilah perangai sebenar pemimpin-pemimpin parti kononnya parti Islam," kata Muhammad Arafatt lagi.
Mengulas mengenai kamus yang dihadiahkan itu, Arafatt berkata ia dihantar melalui perkhidmatan sebuah syarikat kurier pada Sabtu atas nama Pusat Khidmat Rakyat ADUN Hulu Kinta.
"Disebabkan tidak boleh merentas negeri, saya akan menghantar kamus ini melalui kurier ke pejabat beliau," katanya menerusi rakaman video tersebut.

Bantu Takiyuddin faham maksud 'segera' |

0 Comments