SEORANG Ahli Parlimen menyifatkan arahan mengejut Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengarahkan supaya Kongres Nasional KEADILAN ditangguhkan sebagai mencerminkan ketakutan kerajaan Muhyiddin Yassin terhadap bayang-bayang mereka sendiri.
Pandangan itu disuarakan Hassan Abdul Karim sambil berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) bimbang rakyat akan mempersoal mengapa Parlimen tidak dapat dijalankan secara maya seperti konvensyen atas talian itu dijalankan.
“Mereka takut rakyat nampak dan rakyat mempersoalkan jika KEADILAN berjaya mengadakan Kongres Nasional secara maya dengan lebih 2,000 orang perwakilan, kenapa kerajaan tidak boleh membuka Parlimen secara dalam talian hanya untuk 222 orang Ahli Parlimen saja?,” katanya.
Semalam, Ketua Setiausaha Pengelola parti itu merangkap Pengarah Kongres KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata mereka menerima surat daripada MKN pada 4 Jun dan makluman secara lisan daripada Pendaftar Pertubuhan pada hari sama supaya konvensyen itu ditangguhkan.
Arahan terbaharu MKN itu bertentangan dengan surat dihantar mereka pada 27 Mei lalu yang menyatakan MKN tiada halangan terhadap penganjuran Kongres secara dalam talian sepenuhnya.
Sementara itu Hassan yang juga merupakan seorang peguam berkata, tindakan MKN melarang kongres secara maya itu diadakan amat malang dan tidak demokratik.
“Larangan ini dibuat bertentangan dengan keputusan persetujuan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sebelum ini.
“Kongres Nasional KEADILAN dibuat sepenuhnya dalam talian dan mendapat kebenaran dan nasihat dari MKN sendiri tentang cara melakukannya bagi mematuhi SOP dalam usaha mengelak penularan wabak Covid-19,” katanya.
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu juga berkata, larangan MKN itu jelas melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
“Apa asas undang-undang di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang membolehkan MKN melarang Kongres Nasional dalam talian? Seksyen berapa dalam Akta itu?,” katanya.
membolehkan badan itu melarang Kongres Nasional parti itu diadakan secara maya seperti yang sudah dipersetujui sebelum ini. Hassan tuntut alasan udnang-undang sebalik arahan
Sebagai rekod, Kongres Nasional 2020 sepatutnya diadakan tahun lalu namun ditangguhkan kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. Kali terakhir parti itu mengadakan kongres tahunannya adalah pada 2019.
0 Comments