MUHYIDDIN YASSIN digesa menjelaskan bagaimana wang RM5 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) digunakan untuk program vaksin Covid-19.
Gesaaan itu dibuat bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng susulan kadar vaksinasi yang masih berada di tahap rendah.
Melalui satu kenyataan, Setiausaha Agung DAP itu membandingkan kadar individu yang menerima dua dos penuh suntikan vaksin di negara ini yang menurutnya lebih teruk berbanding negara jiran Indonesia yang pendudukanya lebih ramai.
“Bagaimana RM5 bilion ini dibelanjakan? Malaysia adalah negara Asia Pasifik terburuk dari segi jangkitan Covid-19 per kapita dan kini kadar jangkitan harian kita melebihi Indonesia.
“Tidak hairanlah Indonesia menggunakan Malaysia sebagai contoh yang menyedihkan untuk memberi amaran kepada rakyatnya agar tidak mengikut Malaysia dalam kegagalan pematuhan SOP Covid-19,” katanya.
Guan Eng sebelumnya merujuk saranan Kementerian Kesihatan Indonesia baru-baru ini kepada rakyatnya untuk belajar daripada pengalaman Malaysia yang kembali mengalami lonjakan kes.
Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, kadar vaksinasi di Malaysia berada pada kadar 2.3 peratus berbandin 4.2% untuk indonesia yang jumlah penduduk lebih ramai dengan keluasan negara lebih besar.
Sementara itu beliau turut berkata, wujud perasaan “kesuraman dan kekecewaan” yang semakin meningkat dengan lonjakan jangkitan Covid-19 dan jumlah kematian semakin tinggi sehingga perlu melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara.
“Berapa banyak lagi PKP yang perlu dilalui rakyat Malaysia, ketika kerajaan Perikatan Nasional dengan keras kepala menolak untuk mengakui kegagalan mereka dalam menguruskan krisis Covid-19 dan menghentikan dasar yang berubah-ubah dan pusingan U SOP Covid-19, ketidakcekapan yang jelas dan juga amalan dua darjat dalam penguatkuasaan pematuhan PKP?”
Beliau berkata, ramai rakyat tidak merasakan manfaat ekonomi daripada RM622 bilion yang diperuntukkan untuk memulihkan ekonomi sejak penularan pandemik pada Mac tahun lalu.
![]() |
Kesuraman dan kekecewaan makin meningkat |
“Itulah sebabnya Parlimen perlu bersidang agar kerajaan tidak dapat berselindung berkenaan perbelanjaannya bagi memastikan setiap sen digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat Malaysia mengatasi krisis negara ini,” katanya dipetik.
0 Comments