Jingga 13 tuntut Muhyiddin isytihar Israel sebagai pengganas


MUHYIDDIN YASSIN dituntut agar mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara pengganas serta mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestine.

Gesaan itu dibuat sebuah pertubuhan yang menamakan diri mereka sebagai Jingga 13 susulan ketegangan memuncak di Semenanjung Gaza.

Timbalan Ketua Koordinatornya, Michael Iskhandaar melalui satu kenyataan berkata, Muhyiddin juga perlu meminggirkan siapa sahaja dalam negara ini yang mempunyai hubungan dengan zionis.

“Menyerang rakyat Palestin dengan tembakan peluru getah, bom tangan dan gas pemedih mata khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak adalah satu tindakan pengecut terutama sekali mereka yang tidak memiliki sebarang senjata.

Jingga 13 gesa Malaysia bertindak tegas
"Ternyata zionis Israel sengaja cuba mempromosi keganasan melampau yang tidak berperikemanusiaan dan membuli mangsa-mangsa yang tidak bersalah termasuklah negara seperti Palestin, Timur Tengah, Asia, Iran dan banyak lagi.

“Sejajar dengan itu kerajaan Malaysia pada hari ini harus menghentikan sebarang urusniaga dan tidak membenarkan warga Israel masuk ke negara ini,” tegas Michael.

Tambahnya, tindakan biadap regim zionis Israel merupakan tindakan tidak perikemanusiaan dan jelas melanggar hak asasi manusia.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tegasnya pula perlu lebih berani untuk menyatakan pendirian menentang zionis Israel dan mengecam melawan tindakan keji rejim tersebut.

"Rakyat negara ini harus berdiri teguh bersama bersolidariti dengan rakyat Palestin yang telah menjadi mangsa serangan sejak awal minggu ini," tambah bekas pegawai kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu lagi

Post a Comment

0 Comments