Timbalan Speaker kritik k'jaan, desak sidang maya Dewan Rakyat diadakan


TIMBALAN Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said sekali lagi mengkritik pentadbiran Muhyiddin kerana menggantung persidangan Dewan.

Dipetik laporan media Azalina berkata, kerajaan boleh mengenakan perintah kawalan terhadap rakyat, tetapi bukan terhadap demokrasi

Melalui satu kenyataan, ahli politik Umno itu menegaskan bahawa sebarang tindakan menafikan hak Ahli Parlimen untuk bersidang bermaksud menafikan hak rakyat di negara ini.
"
“Kita sudah pun mengalami cukup masalah dengan mengabaikan hak demokrasi dan asasi individu demi krisis kesihatan awam,” katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan supaya mengadakan sidang Parlimen secara maya ketika tempoh darurat dan berkata tidak ada cara negara untuk maju ke depan melainkan Parlimen dibenarkan bersidang semula.

Beliau turut menegaskan bahawa sidang Dewan Rakyat secara maya bagi membincangkan isu rakyat adalah penting buat masa ini, terutama ketika masyarakat semakin hilang kepercayaan terhadap kerajaan.

"Bagi menangani defisit kepercayaan yang melanda polisi Covid-19,  semua Ahli Parlimen harus digerakkan sebagai “ejen penyebar maklumat dan kesihatan awam”,' jelasnya dengan menambah bahawa penggantungan Dewan seperti melumpuhkan kemampuan kerajaan untuk menangani masalah.

Dalam kenyataanya juga, Azalina mencadangkan supaya kerajaan interim darurat dengan Kabinet darurat dibentuk, dengan diwakili pemimpin dari semua parti politik.

Jelasnya, jawatankuasa pilihan khas harus digunakan sebagai alternatif untuk meningkatkan kebertanggungjawaban dan ketelusan di peringkat eksekutif.

M'sia tidak boleh selamanya duduk bawah darurat


Tambahnya lagi, peruntukan Covid-19 harus diagihkan untuk setiap kawasan Parlimen, sementara Ahli Parlimen harus diberi kebenaran melakukan perjalanan dan balik ke kawasan mereka untuk bekerja.

“Sikap serba tahu kerajaan mesti dihentikan. Memandangkan Covid-19 berada di sekeliling kita untuk bertahun akan datang, kita tidak mampu berada dalam keadaan darurat selama-lamanya,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments