Oleh:ANWAR IBRAHIM | Saya ikuti pendedahan yang dibuat Tan Sri Abdul Hamid Bador tempoh hari terkait Institusi Kepolisian negara.
Pendedahan tersebut amat mendukacitakan serta telah mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebagai sebuah badan utama negara dalam mengangkat kedaulatan undang-undang, PDRM seharusnya bersifat bebas daripada campur tangan politik.
Campur tangan yang berlaku ini secara tidak langsung membuktikan pemerintah yang tiada keabsahan ini menggunakan pelbagai cara dan helah untuk berpaut pada kuasa.
![]() |
Bukti PN mahu berpaut pada kuasa |
Saya menggesa siasatan menyeluruh dan lengkap dilakukan bagi menyiasat pendedahan ini, dan pemerintah mesti menjawab segala dakwaan sesegera mungkin.
Kenyataan Media
2 Mei 2021
0 Comments