PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kecewa setelah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seolah-olah tidak memandang serius isu seksis di sekolah seperti yang dibangkitkan golongan pelajar baru-baru ini.
Presiden parti KEADILAN itu, dalam temu bual bersama pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam di Facebooknya turut mengkritik Menteri Pendidikan Radzi Jidin yang menurutnya lambat memberi perhatian dalam menangani isu dibangkitkan pelajar-pelajar itu.
"Saya sebagai datuk dan bapa, saya tidak pandang hal ini ringan, beri ruang dan biar terangkan dan pertahan kebenaran.
"Saya menggesa pengetua, guru-guru selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan menteri - maaf ya - dia agak lembap.
"Ini ada masalah dan kita kena siasat segera dan ambil tindakan, kalau ada kes jenayah polis perlu bertindak. Menteri pendidikan jangan tidur, kena siasat segera," katanya ketika sesi temu bual itu.
Ain Husniza , pelajar berusia 17 membuka mata rakyat Malaysia apabila dengan berani mendedahkan insiden guru bergurau mengenai rogol semasa pembelajaran di sekolahnya.
Ia berlarutan sehingga seorang pelajar membuat ugutan rogol ke atas Ain Husniza yang kemudian membawa kritikan orang ramai terhadap KPM.
“Mereka seharusnya tidak membiarkan dia menghadapi 'kesan sampingan' sehingga dia takut untuk bersekolah.
"Masalah ini seharusnya dapat diatasi dan tidak dibiarkan berlanjutan selama dua minggu," tegas Anwar sambil mengkritik KPM kerana dianggap telah gagal mempertahankan Ain Husniza.
Sebagai rekod,Radzi sebelum ini menjanjikan siasatan menyeluruh mengenai dakwaan Ain Husniza, dia dilapor berkata bahawa KPM tidak akan berkompromi dengan guru yang terbabit sekira dakwaan salah laku itu benar.
Sementara itu, Anwar turut mempersoalkan mengenai amalan pemeriksaan haid ke atas pelajar wanita yang tidak menunaikan solat bagi memastikan mereka tidak menipu.
![]() |
Anwar kecewa isu seksis lewat ditangani |
"Ini kerja gila, sejarah Islam 1,400 tahun orang tak pernah buat kerja macam itu.
Kalau ibu sendiri check anak dia, munasabahlah. Tapi (pelajar) pergi ke sekolah kena check begitu, kerana takut anak tipu [...] Apa mengarut ni?" katanya lagi.
0 Comments