SEORANG penganalisis dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berpandangan sudah masa untuk kerajaan melaksana diseksi atau pengasingan khusus, terhadap skop dan limitasi pembabitan kuasa politik dengan tugas penjawat awam
Prof Datuk Mohd Fadzil Abd Rahman memberi pandangan itu menerusi tulisannya bertajuk 'Halang campur tangan politik elak kemelut perebutan kuasa' disiar portal BH Online susulan pendedahan dibuat bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa berlaku campur tangan menteri dalam agensi penguatkuasaan itu.
"Sudah tiba masa diulang kembali saranan pernah dibuat sebelum ini, supaya pemilihan dan cadangan calon untuk diangkat ke jawatan strategik dan tertinggi, seharusnya dilakukan badan bebas diwakili pelbagai latar belakang, dan tidak seharusnya terikat dengan mana-mana dukungan politik.
"Selagi ia tidak dilaksanakan, selama itulah kemelut pertikaian antara kuasa politik dan tugas ketua jabatan dilantik, dengan jabatan, akan menghadapi dilema sama tanpa kesudahan," katanya dipetik.
Mohd Fauzi yang juga merupakan Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) UNIMAS itu turut berpendapat, kuasa politik seharusnya lebih melihat kepada aspek dasar, hala tuju dan strategi yang ingin disasarkan, sesuai dengan kedudukan diberikan.
Mereka, ahli politik juga perlu dihadkan kepada bertindak sebagai penimbang tara terhadap satu-satu isu atau kes, bukan mentadbir urus secara mikro.
Minggu lalu, Abdul Hamid secara terbuka mengkritik campur tangan Hamzah dalam mengatur pelantikan pegawai kanan pasukan polis. Beliau turut membangkitkan kelemahan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang dipengerusikan Hamzah.
Dalam pendedahan terbaharu, Abdul Hamid turut mendedahkan percubaan Hamzah menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman yang dianggap satu tindakan bagi menjaga kepentingan politiknya.
Sementara itu tegas Mohd Fadzli, pendedahan terbuka dan telus oleh Abdul Hamid itu bukan sesuatu yang baharu.
"Sudah banyak kedengaran sebelum ini, pembabitan kuasa politik dalam pentadbiran perkhidmatan awam yang ada kalanya seolah-olah tidak bersempadan lagi.
![]() |
Campur tangan seolah-olah tidak bersempadan |
"Dalam kata lain, apabila soal pentadbiran rutin harian termasuk pertukaran kakitangan turut dicampuri secara 'tadbir mikro', tidak hairanlah isu yang sedang hangat diperkatakan itu mengundang banyak percakaran dalaman." tambahnya.