SEORANG bekas menteri mempersoalkan dimana suara tegas Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Abdul Hadi Awang dalam isu serangan Israel ke atas rakyat Palestin
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebagai duta khas mewakili Muhyiddin, Hadi perlu membawa suara dan pendirian rakyat negara ini berhubung krisis itu ke peringkat antarabangsa.
“Semasa Pakatan Harapan (HARAPAN) dahulu, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad memimpin usaha membawa suara umat Islam dari tiga negara besar Islam, Turki, Pakistan dan Malaysia.
“Kini lesu sebab Perikatan Nasional (PN) tidak ada mandat dan kerajaannya lesu. Kami akan terus bersuara,” katanya dipetik laporan FMT.
Tambah Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu lagi, Pitrajaya sewajarnya bertindak proaktif dalam menekan Israel dan negara lain supaya menghormati perjanjian antarabangsa demi membela hak dan nasib rakyat Palestin daripada kekejaman rejim Zionis.
Pertempuran antara Israel dan Palestin di Semenanjung Gaza semakin memuncak sejak minggu lalu susulan tindakan pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid Al-Asqa dan menyerang penduduk Palestin.
AFP melaporkan 126 orang terkorban, termasuk 31 kanak-kanak dan beberapa pemimpin Hamas, manakala 950 lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas Gaza.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memberi amaran peperangan besar-besaran bakal berlaku.
![]() |
Mujahid tuntut Israel henti serangan |
“Hentikan sekatan perkara asas seperti air, elektrik dan bekalan makanan ke atas Gaza dan Tebing Barat. Ini soal kemanusian dan perkara asas kehidupan. Malaysia perlu bertindak.” tegasnya.