SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dibidas kerana masih “berdiam diri” selepas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mendedahkan mengenai amalan rasuah dalam politik.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, SPRM tidak lagi boleh bersembunyi dan harus menjelaskan kepada rakyat mengenai pendedahan itu.
“Mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berdiam diri ketika KPN berkata, ‘saya tengok rasuah merata-rata dalam politik. Siasat katak-katak politik’,” katanya.
Bekas menteri kewangan itu berkata demikian dalam ucapannya pada konvensyen DAP Johor. Ia bagi mengulas pendedahan berani Abdul Hamid pada Jumaat yang turut meminta SPRM menjalankan siasatan ke atas ahli politik yang terlibat dalam perbuatan “lompat parti”.
Sementara itu Guan Eng menegaskan, pendedahan Hamid telah mengesahkan bahawa rasuah digunakan untuk “mendorong dan mengancam” dalam membeli sokongan wakil rakyat pembangkang yang bertujuan menguatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang kehilangan sokongan majoriti di Parlimen.
Tegasnya, jika SPRM gagal bertindak walaupun aduan dibuat oleh KPN sendiri, maka orang ramai akan mempersoalkan kemampuan agensi penguatkuasaan itu bertindak atas aduan berhubung rasuah politik di peringkat tertinggi.
“Kegagalan SPRM bertindak hanya mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh PH bahawa agensi kerajaan, termasuk SPRM, ditukar menjadi senjata politik terhadap pembangkang.
“Sebagai contoh, siasatan SPRM terhadap Dr Xavier Jayakumar secara misteri “hilang” setelah beliau melompat dan menyokong Muhyiddin Yassin secara terbuka,” katanya.
![]() |
SPRM mesti siasat pendedahan Ketua Polis Negara |
“Kegagalan menubuhkan RCI hanya akan menambah keraguan rakyat dan defisit kepercayaan terhadap PN, yang dilihat ingin menutup penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan salah laku bagi menjamin kepentingan ‘survival’ politik mereka,” katanya lagi.
0 Comments