SEORANG wakil rakyat DAP memperoleh perintah kebankrapan terhadap bekas Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah berikutan kegagalannya mematuhi persetujuan dalam penyelesaian luar mahkamah.
Teresa Kok yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh dalam satu kenyataan berkata, bahawa beliau telah memulakan proses kemuflisan terhadap Azwanddin berhubung dengan ganti rugi yang belum dibayar yang diberikan kepadanya berkaitan dengan penyelesaian di luar mahkamah yang dicapai pada 28 Ogos 2019.
Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan petisyen kebankrapan terhadap Azwanddin Hamzah pada 29 Mac, kata Teresa.
"Namun, Azwanddin telah gagal untuk menunaikan penghakiman itu dan hingga saat ini gagal membuat pembayaran penyelesaian.
“Ketua pengarah Jabatan Insolvensi akan mengambil alih dan menguruskan aset penghutang (Azwanddin).” jelasnya.
Teresa sebelumnya memfailkan saman terhadap Azwanddin pada 2019 berhubung dakwaannya ketika perhimpunan sempena kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, bahawa bekas menteri itu terlibat dalam pertikaian tanah berkaitan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield.
![]() |
Teresa difitnah terlibat dalam isu rusuhan kuil |
Kedua-dua pihak kemudiannya mencapai persetujuan di luar mahkamah pada Julai tahun sama dan Azwanddin sepatutnya membayar jumlah yang tidak didedahkan selain menyiarkan permohonan maaf di tiga akhbar, iaitu The Star, Sin Chew Daily serta Sinar Harian.
0 Comments