KERAJAAN Negeri Sembilan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat isu berhubung tender projek pembalakan di Lenggeng.
Ia susulan dakwaan bahawa berlaku pelanggaran prosedur dalam projek itu.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataan semalam berkata pihaknya tidak berkompromi mengenai hal tersebut dan akan sentiasa memberi kerjasama kepada SPRM.
"Bagaimanapun, kerajaan negeri berpendirian bahawa projek tersebut telah melalui proses perolehan tender yang telus dan teratur.
"Sehingga kini, kerja-kerja telah dijalankan mengikut peraturan ditetapkan," katanya.
![]() |
K'jaan berpendirian tender diberikan secara telus |
Media tempatan semalam melaporkan kerajaan Negeri Sembilan didesak menghentikan segera projek pengeluaran kayu balak seluas 500 hektar di kawasan Lenggeng berikutan statusnya yang kini didakwa masih dalam siasatan SPRM.
Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussain sebelum ini mendakwa, projek berkenaan juga berada berhampiran dengan Hutan Lipur Lenggeng yang juga lokasi latihan pasukan tentera memberi kesan buruk kepada eko-sistem tadahan air dan jalan di kawasan berkenaan.

0 Comments